Monday, May 20, 2013

Padang -bukittinggi. Here I come - Shopping time dan Pak supir ku..

Hi All,


Tempat shopping yang kami pergi tak banyak, kami pilih untuk ke Pandai Sikek , rumah satu karya dan Yenie Bordir sahaja. Di pandai sikek , tawarla sehingga ke titisan terakhir.hahahaha. Antara yang saya beli di Pandai Sikek adalah, songkong sulam, kain pelikat dan dua pasang telekong.



Gamba gamba di atas adalah keadaan dan suasan di Pandai Sikek, rumah satu karya.
Ok, harga songkok saya beli MYR 6 satu, saya beli 6 buah, Telekong sulam MYR 50 sepasang dan saya beli dua pasang, dan kain  pelikat cap jam gadang saya beli 4 pasang jatuh MYR 18 sepasang. Kira ok la.
 

 
Gambar di atas tu adalah taukeh nya. Ibu apa tah namanya lupa. Kat sini, ada banyak lagi kedai selain satu karya pandai sikek, luangkan masa untuk jenguk jenguk kedai lain yea.
 
 
Seterusnya kami pergi ke rumah Yenie bordir, dia ni memang terkenal dengan hasil sulaman nya. Kat sini harga mahal berbanding pandai sikek, tetapi saya puas hati dengan kualiti sulaman nya. Jom tengok gambar.
 


Macam macam kain ada dijual di sini dengan sulaman yang berkualiti. So far saya puas hati. Harga sehelai baju bole jadi MYR 75 sehelai. Tawar la di sini. Bagi saya MYR 75 tu pun dah cukup murah jika berbanding dengan yang dijual di KL.

 
 


Antara kain yang saya beli Memang puas hati.
 
 
Okla saya rasa dah panjang sangat entri saya ni. Tetapi sebelum tu, saya nak perkenalkan siapa pak supir saya selama 3 hari 2 malam...
 


Taraaa, Ini la dia Aldi namanya, saya rasa ramai orang yang berurusan dengan dia kan? So far, servicenya ok dan orangnya amat la loyar buruk. Untuk 3 hari 2 malam, dia charge saya sebanyak IDR 1.2 million. Berbaloi ke tak? hmm dengan jalan yang ditempuhi untuk satu tempat ke satu tempat yang lain, okla. Aldi ini bole dihubungi di +6281363385879. Kepada sesiapa yang mencari pak supir untuk ke bukittinggi bolela hubungi si Aldi ni ok..



Hari wesak ni ada company trip. Sila tunggu next entri saya ye.

FENOMENA " SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA"

Hi,

Kenapa saya cakap " SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA"satu fenomena? Sebab saya beli novel nya setebal 900 muka surat ok!. Ini semua sebab terpengaruh dengan slot ZEHRA di tv3 jam 9 malam. Memang berkesan di hati la..ahakssss...

Saya beli buku ini di MPH harga RM30, sila simpan tax untuk income tax anda ye.:)
 


Antara pelakon utama Tiz Zaqiyah dan Izzue Islam. Saya tengok Izzue Islam ini mengingatkan saya pada seseorang.hahahaha.. takpe cerita dah lama, simpan dalam perut.kahakakka
 
 
Okla kawan kawan jangan lupa tonton slot ZEHRA di tv3 setiap hari Jumaat. Saya memang tak sabar nak tengok cerita ini setiap jumaat pukul 9 malam. Jangan lupa ye!
 


Padang-bukittinggi. Here I come - Part 3

Jom kita teruskan pengembaraan di bukittinggi ini. Kami mulai perjalanan ke kedai Bika Talago. Kedai ini ada menjual roti neraka tapi sedap di makan. Hmm sebenarnya kalau kat Malaysia sama macam lempeng kelapa je. Harga satu keping bika ini IDR2k, rasanya ok la jugak. Jom layan gamba.


Bika Talago
 
Seterusnya kami di bawa merayap ke Tasik sigalang, Istana pagaruyung dan Makan nasi padang lagi.hehee
 
Ini adalah Istana pagaruyung. Masuk kat sini tak dikenakan apa apa bayara tapi ada je penduduk setempat yang menjual makanan la, jadi mascot seperti angry bird la, spongebob la. Semua ada heeee



Kami juga singgah main air di tasik sigalang ini. Penduduk di sini kata, jika wanita yang dah berkahwin rendam kaki kat sini, Insha allah, akan mengandung. Entah betul entah tidak pun saya taktau. Kat sini, ada ikan kecik kecik. ala ala fish spa gitu. Di sini juga ada perkhidmatan menaiki bot melancong satu tasik. Harga satu bot RM200 untuk 15 minit. Hmm macam mahal je.



Selepas tu kami dibawa ke Pondok flora untuk makan tengahari dan Minum kopi.



Makan tenghari dan minum kopi . Kopi nya amat sedaptau. Ok, di Pondok flora kami makan nasi padang juga. Kat sini harga lebih mahal maybe sebab ramai pelancong dating kat sini, Harganya adalah MYR 41. Di kedai kopi itu pula, sambil minum kopi ada juga dijual pisang salai. Pisang salai nya memang sedap ye kawan kawan.
 
 
 
Ok nanti saya cerita kat mana kami di bawa shopping serta siapakah pak sopir kami.heheh




Padang-bukittinggi. Here I come - Part 2


Hi,

Jom sambung percutian kali ini, hmm selama 3 hari 2 malam kami menetap di bunda hotel, bukittinggi. Okla hotel tu. Kami book melalui pak sopir. So semalam dapat la MYR110 .

Secara keseluruhannya, hotel ini ok, kami dapat king size katil sesuai dengan kami yang berbadan besar ini, ada aircond, bilik air pun ok dan ada hot shower. Kami nak recommend hotel ini. Lagipun hotel ini hotel baru nak jalan ke jam gadang tu  pun ok . Dekat je.


Bergamba depan hotel, Sorry la ye gamba kurang memuaskan.
 
 

Padang - bukittinggi , here I come..Part 1

Salam satu Malaysia,


Hi, saya baru je balik dari  bukittinggi, Indonesia. Hmm orang kata sejuk, tetapi panas je yang saya rasakan. Cuma waktu malam yes of course sejuk la kan..hahaha.. Saya pergi berempat ke sana iaitu bersama hubby, adik ipar dan suaminya. Motif kami ke sana nak cari baju raya. Orang kata murah. So kami pun nak menyiasat harga kain kat sana.

Kami ke sana, pada hari sabtu 11 May 2013 , 3 hari 2 Malam kat sana. Seperti biasa Air Asia menjadi pilihan la kan. Kata " Now everyone can fly" lalalla. Okla, jom tengok gambar ok.


Kami sampai di airport minangkabau pukul 8 pagi. Penerbangan mengambil masa 1 jam sahaja.


Lepas turun dari kapal terbang, kami lapar bangat, jadi minta pak supir cari breakfast.
Gado gado dan bubur nasi with paru...Sedap wehhhh

Selepas makan, kami menerukan perjalanan ke bukit tinggi, perjalanan mengambil masa kira kira 2 jam lebih. Seperti biasa, pak supir akan bawa ke tempat pertama wisata.
 
 





Inilah dia, Lembah Anai Air Mancur
Orang kata kalau kita basuh muka dengan air di sini, kita akan jadi awet muda. Entah betul entah tidak.
Anyway bayaran yang dikenakan adalah IDR 2k setiap orang.


 
Destinasi seterusnya kami Muzium Rumah Gadang, Muzium ini terletak di Padang Panjang. Bayaran masuk di sini adalah IDR5k tak silap dan kami juga ada menyewa baju untuk bergamba di muzium ini. Bayaran yang dikenakan adalah IDR 35k setiap orang. Jom tengok apa yang kami buat di sini. hehhe

 
 
 
 
 
 
Inilah Muzium Rumah Gadang.Saya ke sini bersama adik ipar saya. Besar kan rumah ni...
 
 
 
Inilah kakak yang gigih memberi penerangan kepada kami mengenai rumah gadang ini.
 
 
 
 

 
 




Inilah baju perkahwinan orang minang yang kami sewa.heheh.. Coolkan. Gambar kahwin saya pun tak mcmni.hehhehe
 
Selepas ke Muzium ini, perut dah berkeroncong weh...So pak supir kami pun bawa kami  makan di bukittinggi. Kami nak cepat sampai hotel sebab masing masing dah capek.
 

Inilah kedai makan yang kami pergi, kedai nasi pauh paiman, Hmm ok la makan nasi padang kat sini, harga dalam IDR 66k, yang sedap di makan adalah masak lemak ikan tilapia. Sedap, yang lain biasa biasa je. hhehehe. Lepas makan kami pun terus ke hotel. Nak ke hotel dalam 15 - 20 minit je kalau tak macet.hehhe.
 
 
 
Nanti kita sambung lagi next entri yea...