Saturday, November 17, 2012

Cuti cuti Ho chi minh - Final Part

Hi,

Akhirnya cuti cuti kami sampai ke penghujungnya. Setelah melepaskan lelah masing masing tepat pukul 7 malam kami pun keluar jalan jalan sekitar bandar saigon buat kali terakhir. Sebab esok flight kami pagi jadi tiada masa untuk jalan jalan. So semua benda kami buat malam tu.


Malam tu seperti biasa kami menghabiskan duit VND yang ada di night market . Sesiapa yang menetap di hotel yang kami tinggal memang untung sangat sebab jalan kaki depan tu je night market nya. Kat sini kami sambung beli fridge magnet, tshirt, telekong , jubah dan kain cotton.

Untuk pengetahuan kawan kawan, kain cotton yang cantik adalah di dalam benh tahn market. Semuanya baru baru, saya tak berapa sangat nak beli kain cotton kat pasar malam ni sebab saya rasa quality nya agak kurang menarik . Akan tetapi kalau tengok jahitan manik mereka memang superb! Saya memang kagum la.
Ape ape pun tawar menawar adalah sesuatu yang wajib kami pasar malam ni ok!.

Ada satu kejadian terjadi pada saya.  Saya nak beli tshirt untuk anak anak sedara saya. Saya tawar punya tawar akhirnya okla dia bagi saya satu tshirt hardrock untuk budak VND40,000 sebab saya nak beli banyak helai. Tetapi masalahnya, pemilik kedai tu tak bagi saya pegang tshirt tu. Saya nak pegang dia tarik tarik. Rupanya rupanya quality tshirt tu bagus ok!...Teruk weh...saya apelagi mengamuk la..Pemilik kedai tu siap kata , " Mdm , I show u good quality , saya terus angkat kaki...tak bole nak layan orang mcmnie. Kedai orang ni terletak depan kedai telekung jasmani .Kedai tu yang kearah bangunan bangunan hotel bukan yang kearah roundabout. Saya lupa nak snap gamba kedai sebab marah sangat dengan kedai tu hehhehe. Pendek kata, kat ho chi minh nie, tak kira yang muda, tua, cacat semua bohong je kerja dia.

Kat bawah ni ada beberapa gamba yang saya teringat nak snap kat pasar malam.hehhehe.

Keadaan kat pasar malam



Ni nama dia jasmani, dia jual telekong, telekung 8 kuntum RM30, yang 45 kuntum RM40 dan yang 70 kuntum RM47. Saya dah survey semua tempat dah. Memang dia je murah
Ni name card dia, kalau sape nak borong telekong boleh call dia ok...






Bye bye ho chi minh..

Yeay! akhirnya habis juga entri ini. Insyallah kalau ada rezeki kami akan datang lagi. .

Cuti cuti Ho chi minh - Part 3 - masjid

Salam sabtu,

Minta maaf ye sebab terlalu panjang entri ke ho chi minh ni, Hari ni kami nak berkongsi pengalaman mencari masjid di vietnam. Masjid ini terletak di 45, Nam Ky Khoi Ngia, D1. Kalau dari kedai makan halal " Saigon green house" tadi, jalan terus sahaja sampai jumpa masjid ini di sebelah kanan.

Jom tengok gamba.











Selepas solat kami meneruskan perjalanan pulang ke hotel sambil menunggu makanan kami sampai .hehhee.. Akan tetapi kami sempat singgah ke baskin robbins yang terletak berhampiran hotel. Waktu ni hari rabu, jadi pada sesiapa yang pakai baju warna pink dapat beli icecream dengan pakej istimewa. Ye, sebab saya pakai pink haritu  saya dapat beli 3 scoops ice cream denga harga lebih kurang 90,000VND bersamaan RM12++. Sangat murah ok!!

Cuaca sangat panas , kami rambang mata tau nak pilih ice cream. Dah la sedap murah pulak tu.

Jom Makan!


Sedap weh ice cream, hehhehe...kami pun balik bilik tunggu lunch kami sampai...Nanti saya sambung dengan final part cuti cuti kami ok....