Tuesday, August 29, 2017

APRIL TRIP 2017 : TURKI DAN INDIA GOLDEN TRIANGLE

Assalamualaikum semua,

Hari Kebangsaan dan Hari Raya Haji akan menjelma tak lama lagi.

Mesti ramai yang dah ambil cuti seminggu kan.

Selamat Bercuti saya ucapkan.

Ok, saya nak cerita sikit pasal trip saya ke Turki dan India April lepas. 4 bulan dah berlalu.hehhe.

Tapi takpe saya cuba share kan. Actually , trip ke Turki dan India ni saya guna travel agent.

Sebab Pertama, saya pergi dan mak ke turki, dan ke india saya ambil private tour sebab saya dah suami dan berapa adventure..Tarikh yang kami pergi untuk trip turki 15 April 2017- 21 April 2017. Harga ground package seorang adalah RM2490 .

Untuk ke turki kami guna agent "Aku dan Istanbul ". Semua dah disediakan, cuma kami beli tiket kapal terbang je. Oh ye, kami naik Qatar Airways, dari KL ke Istanbul, seorang pada waktu, dalam RM1890. Transit di doha selama 5 jam. Tapi saya tak berapa suka sebab sit sangat sempit dan hand rest naik separuh je. Untuk saya yang berbadan besar ni , sempit la.. Anyway jom ikuti tour saya dengan mak.

Hari kami sampai, adalah hari Jumaat. Warga Turki baru selesai menunaikan Fardhu Jumaat. Jadi jalan agak sesak. Kami menginap di Viva Deluxe hotel di area sikerci.


Tu gambar ihsan dari google , saya lupa sangat nak ambil gambar hotel sebab dah penat.

Hari Pertama sampai ke hotel dah pukul 3 lebih, rehat rehat kan badan, solat , mandi , saya dan mak jalan jalan pergi ke Taksim square. Dari Viva deluxe hotel ni, senang je, naik tram sampai ke stesen yang akhir iaitu stesen "Kabatash" dan dari "Kabatash" naik "Fenacular" sampai la ke Taksim Square. Senang Je. Saya beli Istanbul card, beli satu je tapi bole share ramai ramai. Jimat pun jimat. Yang larat jalan bole je jalan dari hotel ke Taksim Square. Dalam 30minit berjalan kaki.
Ni la rupa Instanbulkart.
Add caption
Alhamdulillah sampai kami di Ataturk Airport
seronok makcik!
Tempat kami tunggu train ,Sikerci station

Waktu ni, warga negara turki tengah berpiket aman sambil menyanyi di Taksim Square. Hari yang kami datang tu tengah berreferundum, untuk  menentukan samada Erdogan dapat kuasa mutlak ataupun tidak





Kami sempat singgah kedai ni untuk beli sedikit turkish delights dan baklava.

Taksim Square

Budak jual roti pun handsome!

Kami borong banyak banyak untuk makan malam dengan sambal tumis ikan bilis
                                     


Inila aktiviti hari pertama kami di Istanbul. Sebenarnya penat sangat hari pertama tu, lepas jalan jalan kat Taksim, hari pun dah petang, solat, mandi berehat dan kemudian zzzz. Esok nak ke Emirgan Park, Taman Tulip katanya. Nanti saya sharekan keadaan kat sana. Sangat Indah

Semoga saya gigih tulis blog ni.. Selamat Malam Semua!