Tuesday, November 13, 2012

Cuti cuti Ho Chi Minh Part 2 - Dinner

Hai,

Happy Deepavali !

Hari public holiday, seperti biasa saya akan gagahkan diri untuk habiskan ceritera cuti cuti saya kali ini.Jom layan!

Setelah selesai Mekong tour, kami pun pulang ke Bandar ho chi minh dan sampai ke hotel dalam pukul 5.30 petang. Waktu tu memang dah bekeroncong dah perut kami. Heheh Lepasje letak beg di hotel , kami pun cari tempat tempat halal untuk di makan. 

Jom tengok apa kami makan ok!
Sorry ye kawan kawan, lupa nak letak gamba ini, "Restoran Serai" . Ini restoran pertama yang kami jejakkan kaki untuk dinner. Restoran ini dekat je dengan hotel kami menginap, makanan pun sedap tau.   

Spring rolls - VND 75,000

Pho - VND 85,000


Vietnam Coffee - VND 40,000

Chicken noodle - VND 85,000

Nasi goreng kampung - sedap weh, VND 75,000

Nama pemilik kedai ini, azmi hussin, kalau awak semua datang ke ho chi minh city, jangan lupa singgah kedai ni, tetapi agak mahal sedikit la. Walau apapun masih tak dapat nak lawan ayam masak lemak cili padi mak saya...hehheh


 Ini pula restoran kedua yang kami singgah untuk dinner, Restoran Melayu Champa Haji Halim. Di sebelah bawah kedai ini, banyak telekung, kain cotton dan jubah di jual manakala sebelah atas pula kedai makan. Makanan kat sini tak la sesedap Serai. Restoran Melayu Champa Haji Halim ini terletak berhadapan dengan Restoran Serai. Jom Check it out!
Name card Haji Halim

Vietname Coffee lagi  -VND 45,000

Hot Vietname Coffee - VND 45,000



Harga Makanan tak ingat la berapa . Tetapi harga keseluruhan VND 200,000.
 Rata rata kedai makanan kat sini semua ada menyediakan perkhidmatan delivery. Jadi tak perlu risau just call, lepas tu dia akan hantar makanan yang kita nak.

Lepas makan, kami jalan jalan ke night market, sambung beli apa yang tak beli lagi.. Hubby sempat la makan durian kat situ. Dia kata tak sesedap durian yang terdapat di Malaysia. Lepas makan durian, balik bilik dan zzzzzzzz......

Seronok sangat la tu...ish ish ish...




Tunggu aktiviti kami di hari ketiga ok!