Tuesday, January 01, 2013

Selamat bertunang kawan!

Hi,

29 December 2012,

Kawan saya syira selamat menjadi tunangan orang. Tunangnya bernama Firdaus.

Syira ni kawan se iTM saya dan merangkap roommate saya. Jadi kami memang dah kenal lama la..

Majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada bulan May 2013.

Saya doakan agar dia kekal bersama pasangannya sehingga ke akhir hayat. aminn








Happy New Year Uolllss... Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas.

Bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah Final Part

Akhirnya , sampai ke penghujung cuti cuti saya ke Melaka ini,


Sebelum bertolak balik, kami sekeluarga singgah ke Klebang untuk makan tenghari. Makan tepi laut. Tapi laut sudah di tambak. Itu pun jadi la. Janji dapat makan di tepi laut ye tak?


Oh ya, lupa nak bagitau. kalau ke Klebang jangan lupa singgah ke Gerai Pak Jalil,yang terletak di limbongan  tepi masjid warna kuning .Apa yang menarik di situ adalah Kuih Keria sira gula Melaka. Sedap sangat. So , sesiapa yang ke area Klebang akan jumpa Limbongan dulu dan perhatikan Masjid warna kuning, sebelah masjid tu terletak gerai tu. Memang terbaik la!


Inila gerai Pak jalil kita....Jangan lupa singgah ye kawan kawan. Sebiji kuih keria berharga MYR 0.50



Jom tengok gambar lagi.




Kadang kadang seronok dapat makan bersama. Terima kasih kepada bapa mertuaku kerana belanja makan kami.Best sangat!!!



Saya rasa cukup la entri untuk kali ini.. Nanti saya upload gambar dan cerita ke USS Singapore. Memang best!
 

Bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah Part 3

Hi Kawan kawan,


Kat Homestay kami ni, kami adakan acara sambutan harijadi suamiku dan abang ipar saya masing masing dilahirkan pada 9 dan 7 December . Malam tu macam macam makanan yang kami makan pulut kuning, nasi beriani, ayam kambing, asam pedas dan macam macam lagi.

Hari ni mood menulis kurang .. Jom layan gamba hehe:)


Seronok betul dapat hadiah...Selamat hari tua buat kalian..


Selepas makan malam, kami pun ambil inisiatif untuk mengambil angin malam. Jalan jalan lepas makan hihihi... Best juga jalan jalan sambil ditiup angin sepoi sepoi bahasa serta lampu lampu yang cantik...Cakap banyak pun tak guna. Jom tengok gambar...hahahhah






Cantikkan pemandangan waktu malam. Tak rugi kami exercise malam tu.. Kalau awak semua naik Cruise waktu malam lagi cantik pemandangan nya. Jadi jangan lupa naik Melaka River Cruise kalau lawat ke Melaka. Berbaloi. Bayaran untuk dewasa RM 10 , kanak kanak RM 8.

 

Bercuti ke Melaka Bandaraya Part 2

Hi Semua, dah makan ke.
Saya nak sambung percutian saya ke Melaka. Jom layan gambar hahahhaah




Waktu ni kami ramai ramai naik River Cruise. Menyusuri Sungai Melaka. Kat atas ni adalah antara gambar yang menarik untuk ditatapi. Kat dalam sungai Melaka ini juga terdapat banyak biawak. Kenapa? Ye memang kerajaan Melaka nak bela biawak ini untuk tarikan pelancong.


Lepas dah penat menyusuri Sungai Melaka, kami pun pulang ke homestay kami. Malam ini ada acara yang kami buat. Tunggu ye..

Bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah Part 1

Hi,

Rasa dah berhabuk blog saya ini. Bulan December memang terlalu sibuk. Kerja nak kena habiskan dan macam macam lagi la... Akan tetapi saya gigihkan juga nak tulis blog nie.

Okla, tanggal 8 December 2012, saya dan keluarga mertua bersama adik ipar, kakak ipar, abang ipar dan biras beras bercuti ke Melaka. Kenapa Melaka kami pilih sebagai tempat untuk bercuti? Sebab bapak mertua ku nak naik Cruise di Melaka River dan sekaligus kami menyambut harijadi husband saya dan juga abang ipar saya.

Kami membuat keputusan untuk menetap di Kampung Morten . Rumah ni biras saya yang cari. Dia orang Melaka dan abangnya duduk di kawasan itu. Jadi mudah la kami untuk menginap di situ.
Harga semalam RM450. Mengikut kata penduduk setempat mereka hanya perlu menjaga kecantikan dan kebersihan rumah sahaja. Kesemua bil ditanggung oleh Kerajaan Negeri Melaka. Seronok kan!Siapa siapa yang nak pergi boleh la bagitau saya ye.


Inilah homestay yang kami tinggal. Homestay Tun Mamat

 

Oo ye... Pasal Makanan tengahari  kami, saya lupa nak snap sebab masing masing kelaparan hahaha... Makanan tengahari kami di taja oleh Makcik Saya. Namanya Pn Jamilah, memang sedap sangat la . Asam pedas ikan jenahak. terbaik!!!

Lepas Makan tengahari kami berjalan jalan ke sini. Sambil menikmati Cendol. Murah dan sedap tau

Keluarga Mertua

Saya dan Adik Ipar


Abang ipar dan Wife (Merangkap Biras saya)


Tengok tu beca kat situ semuanya cantik cantik.


Keh keh keh . Siap bole pandang camera lagi abang nie..Terbaikla!!!
Jejaka jejaka yang kenyang cendol heheh

Okla geng.. Nanti kita sambung lagi dengan pengalaman di Melaka river cruise.