Tuesday, January 01, 2013

Bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah Final Part

Akhirnya , sampai ke penghujung cuti cuti saya ke Melaka ini,


Sebelum bertolak balik, kami sekeluarga singgah ke Klebang untuk makan tenghari. Makan tepi laut. Tapi laut sudah di tambak. Itu pun jadi la. Janji dapat makan di tepi laut ye tak?


Oh ya, lupa nak bagitau. kalau ke Klebang jangan lupa singgah ke Gerai Pak Jalil,yang terletak di limbongan  tepi masjid warna kuning .Apa yang menarik di situ adalah Kuih Keria sira gula Melaka. Sedap sangat. So , sesiapa yang ke area Klebang akan jumpa Limbongan dulu dan perhatikan Masjid warna kuning, sebelah masjid tu terletak gerai tu. Memang terbaik la!


Inila gerai Pak jalil kita....Jangan lupa singgah ye kawan kawan. Sebiji kuih keria berharga MYR 0.50



Jom tengok gambar lagi.




Kadang kadang seronok dapat makan bersama. Terima kasih kepada bapa mertuaku kerana belanja makan kami.Best sangat!!!



Saya rasa cukup la entri untuk kali ini.. Nanti saya upload gambar dan cerita ke USS Singapore. Memang best!
 

No comments:

Post a Comment