Thursday, November 15, 2012

Cuti cuti Ho Chi Minh - Part 3

Salam Khamis,

Selamat menyambut Awal Muharram..

Saya nak sambung hari ketiga kami di ho chi minh, hari ini hari last kami nak shopping atau jalan jalan sekitar bandar saigon ni kerana hari keempat kami ambil flight pagi pukul 10.30 pagi jadi tak sempat nak jalan jalan dah. 

Harini kami mulakan dengan breakfast di kedai hajah basiroh dan mulakan perjalanan ke Hard Rock Ho chi minh. Kami taktau sangat jalan ke sana , pergi sana jalan tanya la orang tempatan. Bagi kami agak jauh jugala tetapi kalau mengikut penduduk tempatan ada je shortcut.hehhehe.takpelah, jauh perjalanan , luas pemandangan.hahhaha...

Jom tengok gamba ...

Bersama Sales girl hard rock cafe, dia tinggi dari saya...slim and tall..



Hard rock cafe ni terletak di jalan Hai ba trung


Muka penat sebab jalan jauh.hikhikhik

Kat belakang tu taman untuk orang berehat dan beriadah, Saya beli kelapa ni dua biji bersamaan RM2, walaupun sebenarnya kalau orang tempatan beli RM 1. kira murah jugak latu jika dibandingkan di Malaysia.hihihi


Setelah penat berjalan kami pun stop kat satu kedai ni (SAIGON GREEN HOUSE). Kedai ni ada discount 20%. Baru buka tetapi ramai yang taktau. Kat sini kami minum je, tengahari dan dinner kami suruh mereka delivery with 20% discount . Murahkan!!

Ice Milk Vietnam coffee

Selain kedai makan di tingkat 3, ada juga jual telekong, jubah dan beg beg di sebelah tingkat bawah.

96A Nam Ky Khoi Nghia St district 1

Discount 20%..yehaaa!!




 Selepas kami order makan tenghari untuk dihantar ke hotel, kami meneruskan pencarian untuk mencari  masjid untuk solat zohor. Jalan punya jalan akhirnya jumpa kami dengan masjid . Alhamdulillah, hajat kami tercapai untuk pergi ke masjid..


Nanti kami tunjukkan masjid yang kami pergi di entri akan datang ok..