Rasa dah berhabuk blog saya ini. Bulan December memang terlalu sibuk. Kerja nak kena habiskan dan macam macam lagi la... Akan tetapi saya gigihkan juga nak tulis blog nie.
Okla, tanggal 8 December 2012, saya dan keluarga mertua bersama adik ipar, kakak ipar, abang ipar dan biras beras bercuti ke Melaka. Kenapa Melaka kami pilih sebagai tempat untuk bercuti? Sebab bapak mertua ku nak naik Cruise di Melaka River dan sekaligus kami menyambut harijadi husband saya dan juga abang ipar saya.
Kami membuat keputusan untuk menetap di Kampung Morten . Rumah ni biras saya yang cari. Dia orang Melaka dan abangnya duduk di kawasan itu. Jadi mudah la kami untuk menginap di situ.
Harga semalam RM450. Mengikut kata penduduk setempat mereka hanya perlu menjaga kecantikan dan kebersihan rumah sahaja. Kesemua bil ditanggung oleh Kerajaan Negeri Melaka. Seronok kan!Siapa siapa yang nak pergi boleh la bagitau saya ye.
Inilah homestay yang kami tinggal. Homestay Tun Mamat |
Oo ye... Pasal Makanan tengahari kami, saya lupa nak snap sebab masing masing kelaparan hahaha... Makanan tengahari kami di taja oleh Makcik Saya. Namanya Pn Jamilah, memang sedap sangat la . Asam pedas ikan jenahak. terbaik!!!
Lepas Makan tengahari kami berjalan jalan ke sini. Sambil menikmati Cendol. Murah dan sedap tau |
Keluarga Mertua |
Saya dan Adik Ipar |
Abang ipar dan Wife (Merangkap Biras saya) |
Tengok tu beca kat situ semuanya cantik cantik. |
Keh keh keh . Siap bole pandang camera lagi abang nie..Terbaikla!!! |
Jejaka jejaka yang kenyang cendol heheh |
Okla geng.. Nanti kita sambung lagi dengan pengalaman di Melaka river cruise.
No comments:
Post a Comment