Tempat shopping yang kami pergi tak banyak, kami pilih untuk ke Pandai Sikek , rumah satu karya dan Yenie Bordir sahaja. Di pandai sikek , tawarla sehingga ke titisan terakhir.hahahaha. Antara yang saya beli di Pandai Sikek adalah, songkong sulam, kain pelikat dan dua pasang telekong.
Gamba gamba di atas adalah keadaan dan suasan di Pandai Sikek, rumah satu karya.
Ok, harga songkok saya beli MYR 6 satu, saya beli 6 buah, Telekong sulam MYR 50 sepasang dan saya beli dua pasang, dan kain pelikat cap jam gadang saya beli 4 pasang jatuh MYR 18 sepasang. Kira ok la.
Gambar di atas tu adalah taukeh nya. Ibu apa tah namanya lupa. Kat sini, ada banyak lagi kedai selain satu karya pandai sikek, luangkan masa untuk jenguk jenguk kedai lain yea.
Seterusnya kami pergi ke rumah Yenie bordir, dia ni memang terkenal dengan hasil sulaman nya. Kat sini harga mahal berbanding pandai sikek, tetapi saya puas hati dengan kualiti sulaman nya. Jom tengok gambar.
Macam macam kain ada dijual di sini dengan sulaman yang berkualiti. So far saya puas hati. Harga sehelai baju bole jadi MYR 75 sehelai. Tawar la di sini. Bagi saya MYR 75 tu pun dah cukup murah jika berbanding dengan yang dijual di KL.
Antara kain yang saya beli Memang puas hati.
Okla saya rasa dah panjang sangat entri saya ni. Tetapi sebelum tu, saya nak perkenalkan siapa pak supir saya selama 3 hari 2 malam...
Taraaa, Ini la dia Aldi namanya, saya rasa ramai orang yang berurusan dengan dia kan? So far, servicenya ok dan orangnya amat la loyar buruk. Untuk 3 hari 2 malam, dia charge saya sebanyak IDR 1.2 million. Berbaloi ke tak? hmm dengan jalan yang ditempuhi untuk satu tempat ke satu tempat yang lain, okla. Aldi ini bole dihubungi di +6281363385879. Kepada sesiapa yang mencari pak supir untuk ke bukittinggi bolela hubungi si Aldi ni ok..Hari wesak ni ada company trip. Sila tunggu next entri saya ye.