Friday, September 01, 2017

APRIL TRIP PART 3 : TURKI DAN INDIA GOLDEN TRIANGLE



MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 kepada semua.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.

Harini ni saya nak cerita hari ketiga kami di bumi Istanbul, Kami Melawat Istana Topkapi, Blue Mosque dan Hagia Sophea.

Dari Viva Deluxe Hotel, kami berjalan kaki dalam 20 minit nak ke 3 tempat tersebut,

Kami melawat ke Blue Mosque, Hagia Sophea dan Last sekali ke Istana Topkapi. Macam yang saya cerita, Istana Topkapi ni kami melawat last sekali sebab kat situ ada taman tulips.

Jom layan gam









Kucing popular di Haghia Sophia


Ini Ibrahim, tour guide kami ke Istana Topkapi, Haghia Sophia dan Blue mosque







Pemandangan di  Blue Mosque

Itu Antara gambar yang saya ada semasa melawat Blue Mosque dan Hagia Sophia. Nanti saya share pasal Istana topkapi ya.. Saya rasa sangat cantik istana tu..


Jom makan dulu...



Wednesday, August 30, 2017

APRIL TRIP 2017 PART 2 : TURKI DAN INDIA GOLDEN TRIANGLE

Assalamualaikum semua,

Salam pukul 1145 malam..hehhe

Sebelum tidor , saya nak sambung apa aktiviti yang saya dan mak saya buat di hari kedua kami di bumi Turki.

Ok, harini kami pergi ke Emirgan Park. Dari hotel perjalanan dalam 1 jam naik van untuk ke sana. Emirgan park ni luar dari bandar Instanbul. Tetapi disebabkan kami pergi waktu hari referendum jadi banyak jalan tutup dan it takes about 2 hour baru sampai. Walaupun lambat , kami berpuas hati dengan apa yang disajikan sebaik saja kami sampai di Emirgan Park.

Emirgan Park ni adalah Taman Tulip. Banyak Tulips di tanam di sini. Tapi kalau bukan musim bunga, tempat ni jadi tempat beriadah untuk warga Turki.

Untuk ke Emirgan Park, kalau naik train ambil tram dari "Sikerci" sampai ke station yang akhir yakni station  "Kabatas". Lepastu bole naik bas 25E dari Kabatas ke Emirgan park. Pastikan dapat tempat duduk sebab perjalanan jauh. Nanti penat pulak berdiri. Cara lain, bole jugak naik hop on hop off ferry dari Kabatas ke Emirgan. Ferry ni akan menyusuri Bosphorus Cruise. Menarik kan. Jom muntah tengok gambar tulips... :P

















Kepada sesiapa yang minat pada bunga terutama bunga tulips, memang Emirgan Park ni menjanjikan pemandangan yang sangat sangat indah. Rasa macam tak percaya je tengok bunga tulip depan mata. Ada satu lagi tempat yang bole kita tengok tulips iaitu di perkarangan istana "Topkapi". Tapi kat sana tak boleh nak baring baring sangat sebab ada di pasang pagar. Di Emirgan Park ni kalau korang nak baring baring la sesuka hati.. Sangat berbaloi. Kalau datang musim bunga, jangan lupa singgah ke Emirgan Park ya.

Tuesday, August 29, 2017

APRIL TRIP 2017 : TURKI DAN INDIA GOLDEN TRIANGLE

Assalamualaikum semua,

Hari Kebangsaan dan Hari Raya Haji akan menjelma tak lama lagi.

Mesti ramai yang dah ambil cuti seminggu kan.

Selamat Bercuti saya ucapkan.

Ok, saya nak cerita sikit pasal trip saya ke Turki dan India April lepas. 4 bulan dah berlalu.hehhe.

Tapi takpe saya cuba share kan. Actually , trip ke Turki dan India ni saya guna travel agent.

Sebab Pertama, saya pergi dan mak ke turki, dan ke india saya ambil private tour sebab saya dah suami dan berapa adventure..Tarikh yang kami pergi untuk trip turki 15 April 2017- 21 April 2017. Harga ground package seorang adalah RM2490 .

Untuk ke turki kami guna agent "Aku dan Istanbul ". Semua dah disediakan, cuma kami beli tiket kapal terbang je. Oh ye, kami naik Qatar Airways, dari KL ke Istanbul, seorang pada waktu, dalam RM1890. Transit di doha selama 5 jam. Tapi saya tak berapa suka sebab sit sangat sempit dan hand rest naik separuh je. Untuk saya yang berbadan besar ni , sempit la.. Anyway jom ikuti tour saya dengan mak.

Hari kami sampai, adalah hari Jumaat. Warga Turki baru selesai menunaikan Fardhu Jumaat. Jadi jalan agak sesak. Kami menginap di Viva Deluxe hotel di area sikerci.


Tu gambar ihsan dari google , saya lupa sangat nak ambil gambar hotel sebab dah penat.

Hari Pertama sampai ke hotel dah pukul 3 lebih, rehat rehat kan badan, solat , mandi , saya dan mak jalan jalan pergi ke Taksim square. Dari Viva deluxe hotel ni, senang je, naik tram sampai ke stesen yang akhir iaitu stesen "Kabatash" dan dari "Kabatash" naik "Fenacular" sampai la ke Taksim Square. Senang Je. Saya beli Istanbul card, beli satu je tapi bole share ramai ramai. Jimat pun jimat. Yang larat jalan bole je jalan dari hotel ke Taksim Square. Dalam 30minit berjalan kaki.
Ni la rupa Instanbulkart.
Add caption
Alhamdulillah sampai kami di Ataturk Airport
seronok makcik!
Tempat kami tunggu train ,Sikerci station

Waktu ni, warga negara turki tengah berpiket aman sambil menyanyi di Taksim Square. Hari yang kami datang tu tengah berreferundum, untuk  menentukan samada Erdogan dapat kuasa mutlak ataupun tidak





Kami sempat singgah kedai ni untuk beli sedikit turkish delights dan baklava.

Taksim Square

Budak jual roti pun handsome!

Kami borong banyak banyak untuk makan malam dengan sambal tumis ikan bilis
                                     


Inila aktiviti hari pertama kami di Istanbul. Sebenarnya penat sangat hari pertama tu, lepas jalan jalan kat Taksim, hari pun dah petang, solat, mandi berehat dan kemudian zzzz. Esok nak ke Emirgan Park, Taman Tulip katanya. Nanti saya sharekan keadaan kat sana. Sangat Indah

Semoga saya gigih tulis blog ni.. Selamat Malam Semua!

























Tuesday, October 18, 2016

Throwback Cameron Highlands 2016

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, saya nak cuba menulis semula, apa yang saya nak kongsikan adalah percutian saya yang sebelum ini.. Nama pun aku makanan dan kehidupan. Berkisar mengenai cerita cerita kehidupan lalu, sekarang dan akan dating.

Ok ok.. Jom  Pada April 2016 haritu, saya hangkut satu family and sepupu sepapat semua pergi Cameron. BUkan apa saya dah lama tak rasa udara segar dan sejuk ni.. Mak pun kasi idea baik gi Cameron. Duit pun cukup alhamdulillah.. Here we come, Cameron Highland….


Kami menetap di Star Regency , Brinchang.. Dua malam kat sini. Best sebab bawah tu je pasar malam brinchang. Jalan kaki je.. dah habis makan strawberry turun balik gi beli yang baru heheheh…Nak ke Cameron ni..Jangan la naik petang sabtu memang Jammed melekat Pasal pasar malam kat sana malam jumaat dan sabtu.. Ahad tade apa dah…Harga semalam kat Star Regency nie Rm532 semalam. Dalamnya takdela cantik sangat..buruk je bangunan dan takla bersih manapun tapi mengenangkan dekat nak ke pasar..pejam mata ajela…Ok cukup membebel..kita layan tgk gambar eh..Tgk apa aktiviti kami kat Cameron Highland okeh?














Nampak sejukkan.. Okla ..Shima malas nak cerita panjang..cerita ni pun dah basi..but blog is a good place for you to keep your memories.. Lepas ni Shima akan post lagi beberapa throwback trips yang tak sempat nak update kat sini sebelum Real trip cheawahhhh...on November and December nie.. Insyaallah.. Jangan Muntah eh..

Sapa layan  Patahnya Sebelah Sayap? Dah nak episode ke 13 dah..jom Shima nak siap sedia mandi solat semua Jom #TeamAlisha #KecamAmzar #KecamZuhairi..Hehehehhe

Come Back..

Fuh...Fuh...Fuh....Berhabuk..Jap  letak clorox kasi bersih..

Assalamualaikum Semua...

I am back...I am back for good Insyaallah.

Tunggu kan post post menarik dari saya ye.. banyak sangat benda nak cerita dari Raya haritu sampai la kehidupan sekarang...Tunggu eh eh..

Muax...