Sunday, November 11, 2012

Cuti cuti Ho Chi Minh - Part 1, Day 1

Hi,

Malas betul nak update..hikhikhik...

Setelah melepaskan penat di hotel, kami continue jalan jalan masuk ke behn tan market. Tak sampai pun 5 minit jalan kaki, lintas jalan je terus sampai market tu. Kat sana ada macam macam yang dijual , kain, tudung, selipar, kasut manik , baju, yang paling popular kain cotton dan vietnam silk la..

Aku pun tersangkut gak beli kain banyak banyak, ala bukan selalu datang kan.. Ape lagi borong la.. 

Jom tengok gambar kami bershopping kat benh tan market nie ok?


Inilah rupa pasar benh tan dari luar.
Inila gambar kakak yang saya beli kain cotton dengan dia. Saya beli  10 pasang sepasang dia bagi RM 30. Cotton dia cantik cantik. Mak saya kata sekali pandang muka kakak ni macam muka saya..cisssssssss


Gambar yang atas tu, nombor dan nama kedai yang saya beli kain tu, yang lain tu antara kain yang saya beli.heheh

Lepas dah berborong sakan , perut pun dah kruk , kruk minta diisi, jadi sebab kami penat kami hanya makan di restoran yang ada di depan hotel kami menginap. Nama restoran yang mula muka kami masuk adalah "kampung melayu" akan tetapi kami masuk just order air je sebab makannya agak mahal la.. jadi kami order air sahaja. Hubby order vietname kopi yang amat populor di sana saya order longan ais. hehe. Kedua dua minuman ini berharga VND 45,000 setiap satu. Kalau nak dikira dalam duit kita lebih kurang RM8 la satu minuman. 
Inilah kedainya, ada aircond kat dalam tu. heheh
Kemudian , kami singgah kedai yang sebelah tu, kedai Basiroh, dibuka oleh seorang ustazah bernama hajah basiroh, dia merupakan seorang bekas qariah seketika dulu. Kat sini saya makan mee "pho" atau disebut sebagai fer , ala ala bakso ...hehhe bihun sup dengan bebola daging..sedap tau.. manakala hubby makan nasi putih, ayam, sayur. Semua makanan tu harganya VND160,000 . Duit malaysia bersamaan RM20++ jugala.. Kat sini semua makanan halal harganya dua kali ganda sebab kesukaran untuk mendapat makanan halal di vietnam.

Setelah kenyang , kami pun meneruskan perjalanan pusing pusing vietnam . Enjoice!



Antara monumen monumen yang terdapat di sekitar bandar ho chi minh city

Jangan tak tahu, kat sini pun ada pelbagai jenama mahal antarabangsa tau. Saya tak masuk , just duduk depan je..hehheeh

Kat sini, ada supermarket. Kami borong air mineral dan air manis. Almaklum penat  berjalan seharian. Barang barang yang di jual memang murah la.Tapi tak ingatla apa nama jalan ni..Tak silap saya berdekatan dengan maybank ho chi minh  
  
LOUIS VUITTON



Malam pun makin gelap jadi kami pun balik ke sangkar...Kena tidur awal malam ni. Esok nak pergi Mekong delta tour. yeay!!

Cuti Cuti Ho chi minh - Part 1

Salam Ahad...

5 november - 8 november, saya dan hubby bercuti cuti ke vietnam. Percutian ini telah dirancang selama 2 bulan yang lalu. Selepas mengharungi banyak rintangan, akhirnya tanggal 5 november kami berdua dapat merealisasikan impian kami...ooopss...sebenarnya bukan la impian hubby sangat lebih kepada impian saya sebab shopping itu keutamaan di sana..hahaha...Nantikan macam macam cerita ye...

Kita mulakan dengan hari pertama, Pagi pagi lagi adik saya, si hazip , sudah bersiap siap untuk menghantar kami ke LCCT " Now everyone can fly". Flight kami pukul 9:10 pagi dan di jangka sampai 10:45 pagi gitu. Perjalanan ke sana tak lama tetapi kami sempat la lelap kan mata juga.


Akhirnya kami tiba di bumi ho chi minh.. Enjoice!

Ini adalah permandangan bandar hcmc dari atas awan. Sangat padat kan? 




Alamak lupa la nak ambil gambar airport . Tak mengapa, saya tampalkan gambar airport melalui carian google ok?
Tan Son Nhat International Airport (IATA: SGN, ICAO: VVTS), is the largest airport in Vietnam. It is located 4 mi (6 km) north of the center (District 1) of Ho Chi Minh City (Saigon). 

Inilah teksi vinasun, pastikan number telephone yang tertera adalah 38.27.27.27
Selepas turun dari airport, kami terus ke kaunter teksi. Kami pilih untuk menaiki teksi VINASUN. Sebab rata rata mengatakan teksi ini adalah antara teksi yang bermeter dan bole dipercayai di airport tersebut. Kami dikenakan bayaran sebanyak VND 160,000.00. Kira kalau dalam matawang kita RM 24 macamtu. Pastikan number telephone yang tertera adalah 38.27.27.27. Ada juga teksi yang lebih kurang vinasun akan tetapi number telephone nya bermula dengan 58. Jangan naik ok yang itu? Merbahaya..

Perjalanan dari airport ke hotel kami mengambil masa 25-30 minit. Sepanjang perjalanan , kami dapat lihat kepadatan penduduk yang amat sangat. Rata rata penduduk di hcmc ini lebih kurang 9 juta penduduk dan pengangkutan utama mereka adalah motosikal...Ye, sebanyak 6 juta motosikal ok!
Cuba tengok wayar elektrik ini, berselirat sangat ok...
Selepas 30 minit perjalanan, akhirnya kami tiba di tempat kami menginap " An Tam Hotel ". Oh ya, sebenarnya jarak airport dan tempat menginap dekat sahaja, tetapi, teksi , bas yang ada kat sini kena bawa perlahan lahan kerana mereka berkongsi jalan dengan pemandu pemandu motosikal ini . Penjalanan kami dari airport ke hotel amat memeningkan kepala sebab bunyi hon sana sini, yang motosikal  pulak bawa ikut sukahati mereka celah sana celah sini. Tetapi bila kita nak melintas, lintas je mereka akan elak kita. Kalau nak tunggu jalan clear memang berjanggut la ye..

Inilah rupa hotel kami menginap , kami menginap  4 hari 3 malam, harga USD150 untuk 3 malam tu.  Sebab saya booking melalui booking.com jadi harganya terlalu mahal untuk hotel 3 bintang ini. Jadi  untuk sesiapa yang nak datang ke hcmc nie, awak semua walk in je ke hotel, banyak hotel dan harga bole dirunding . Lepastu macam macam free gift yang diberikan oleh pihak hotel.
Okla berhenti kat sini dulu..nanti saya sambung di entri yang lain ye.



Shimashimy : Enjoice!

Sunday, May 27, 2012

Selamat Hari Lahir..Semoga panjang Umor dan murah rezeki

Hello peeps!!! I am back.. Sorry dah hampir 2 tahun tak log on blog nie. Saya amat busy dengan kehidupan saya seharian.hehehe .

Mari kita teruskan dengan cerita saya. Tanggal 5 dan & 7 May lalu, merupakan hari jadi ayah saya "Pakcik Mohamad Rasedi " dan anak sedara saya "Nurquratul Aini..Lalu 13 May yang lalu, kami buat makan makan untuk meraikan mereka berdua nie... Jadi mari kita sama sama doakan agar mereka dikurniakan kesihatan dan umor yang panjang. Gamba gambar di bawah nie menunjukkan betapa gembiranya kami waktu itu...Enjoy!













ShimaShimy :Selamat Hari Jadi!!!!

Al fatihah

Hari nie masuk 3 bulan lebih nenek meninggalkan kami. Semoga nenek di cucuhi rahmatNya. Alfatihah

Monday, March 08, 2010

Seronok Ke?!

Hai Geng semua,

      Tadi dalam LRT on the way to my office, terdengar satu rengekan seorang awek ni.. "Aku nak kumpul duit, nak kawin, nak kuar dari rumah"..Herk?? What the fish??!.
Cik Adik, Kawin memang seronok, semua dah halal dan perjalanan hidup yang mencabar pun bermula....Mencabar dengan erti kata lain, semua kena buat sendiri, dari masak, mengemas, dan membasuh..Penat weh!
     Kalau dulu Sebelum kawin, mak ada, makla tempat bergantung harap, mak yang masak, mak yang basuh bak kata semua la mak buat..heheh..Best kan!!! tapi lepas kawin..sendiri mau ingat la beb...sedikit sebanyak melatih kita menjadi seorang manusia yang tabah..Kalau dapat Hubby yang membantu, alhamdulliah, syukur sangat..kalau tak...suruh jela hubby tu bantu tak dapat banyak, sikit pun jadila...
      Apa pendapat kamu yang lain, ada cerita untuk di kongsi bersama?


ShimaShimmy : Seronok ke kahwin?!

Friday, February 12, 2010

Buat Seorang Teman....

Post ini ditujukan kepada sahabat baik yang bernama "IXA IXORA"....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tara........
































Adakah dia akan membeli dan menetap di taman perumahan ini?????



ShimaShimy : Beb, Jangan Marah aaa....

Resepi - Kek Chocolate Chip

Hai..

Pagi pagi lagi dah bangun nak buat sarapan..Ingat nak buat Muffin Chocolate Chip tetapi jadi Kek Chocolate Chip...Tapi masih bole di makan..Senang dan mudah untuk dibuat...Jom kita tengok resepi.

Bahan2 yang disatukan dan diayak;

250g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 camca besar serbuk koko
2 paket milo Fuze..



Bahan yang disatukan dan di kacau rata:
250ml susu
90ml minyak sayur/jagung
1 biji telur Gred A
1 camca teh esen vanilla

















Bahan2 campuran yang lain :
150g chocolate chip (lagi lebih lagi sedap)
175g gula halus

Cara Membuatnya
Dalam satu bekas, satukan bahan2 yang di ayak bersama gula halus dan 150g chocolate chip, gaul rata, tapi saya guna blender je...cepat sket...
















Setelah siap dikacau rata, begini rupanya sebelum dibakar
















Ketika bakar, saya menggunakan api bersuhu 170 darjah celcius selama 18- 20 minit. Semua nie bergantung kepada oven masing masing...
.
.
.
.
.
Tara!!!!!















Harap maklum gamba kurang memuaskan...tapi hubby kata sedap....sehingga menjilat jari.....yahoooo....
Selamat Mencuba kawan kawan.....