Hi,
Malas betul nak update..hikhikhik...
Setelah melepaskan penat di hotel, kami continue jalan jalan masuk ke behn tan market. Tak sampai pun 5 minit jalan kaki, lintas jalan je terus sampai market tu. Kat sana ada macam macam yang dijual , kain, tudung, selipar, kasut manik , baju, yang paling popular kain cotton dan vietnam silk la..
Aku pun tersangkut gak beli kain banyak banyak, ala bukan selalu datang kan.. Ape lagi borong la..
Jom tengok gambar kami bershopping kat benh tan market nie ok?
Inilah rupa pasar benh tan dari luar. |
Gambar yang atas tu, nombor dan nama kedai yang saya beli kain tu, yang lain tu antara kain yang saya beli.heheh |
Lepas dah berborong sakan , perut pun dah kruk , kruk minta diisi, jadi sebab kami penat kami hanya makan di restoran yang ada di depan hotel kami menginap. Nama restoran yang mula muka kami masuk adalah "kampung melayu" akan tetapi kami masuk just order air je sebab makannya agak mahal la.. jadi kami order air sahaja. Hubby order vietname kopi yang amat populor di sana saya order longan ais. hehe. Kedua dua minuman ini berharga VND 45,000 setiap satu. Kalau nak dikira dalam duit kita lebih kurang RM8 la satu minuman.
Inilah kedainya, ada aircond kat dalam tu. heheh |
Kemudian , kami singgah kedai yang sebelah tu, kedai Basiroh, dibuka oleh seorang ustazah bernama hajah basiroh, dia merupakan seorang bekas qariah seketika dulu. Kat sini saya makan mee "pho" atau disebut sebagai fer , ala ala bakso ...hehhe bihun sup dengan bebola daging..sedap tau.. manakala hubby makan nasi putih, ayam, sayur. Semua makanan tu harganya VND160,000 . Duit malaysia bersamaan RM20++ jugala.. Kat sini semua makanan halal harganya dua kali ganda sebab kesukaran untuk mendapat makanan halal di vietnam.
Setelah kenyang , kami pun meneruskan perjalanan pusing pusing vietnam . Enjoice!
Antara monumen monumen yang terdapat di sekitar bandar ho chi minh city |
Jangan tak tahu, kat sini pun ada pelbagai jenama mahal antarabangsa tau. Saya tak masuk , just duduk depan je..hehheeh |
LOUIS VUITTON |
No comments:
Post a Comment