Sunday, November 11, 2012

Cuti Cuti Ho chi minh - Part 1

Salam Ahad...

5 november - 8 november, saya dan hubby bercuti cuti ke vietnam. Percutian ini telah dirancang selama 2 bulan yang lalu. Selepas mengharungi banyak rintangan, akhirnya tanggal 5 november kami berdua dapat merealisasikan impian kami...ooopss...sebenarnya bukan la impian hubby sangat lebih kepada impian saya sebab shopping itu keutamaan di sana..hahaha...Nantikan macam macam cerita ye...

Kita mulakan dengan hari pertama, Pagi pagi lagi adik saya, si hazip , sudah bersiap siap untuk menghantar kami ke LCCT " Now everyone can fly". Flight kami pukul 9:10 pagi dan di jangka sampai 10:45 pagi gitu. Perjalanan ke sana tak lama tetapi kami sempat la lelap kan mata juga.


Akhirnya kami tiba di bumi ho chi minh.. Enjoice!

Ini adalah permandangan bandar hcmc dari atas awan. Sangat padat kan? 




Alamak lupa la nak ambil gambar airport . Tak mengapa, saya tampalkan gambar airport melalui carian google ok?
Tan Son Nhat International Airport (IATA: SGN, ICAO: VVTS), is the largest airport in Vietnam. It is located 4 mi (6 km) north of the center (District 1) of Ho Chi Minh City (Saigon). 

Inilah teksi vinasun, pastikan number telephone yang tertera adalah 38.27.27.27
Selepas turun dari airport, kami terus ke kaunter teksi. Kami pilih untuk menaiki teksi VINASUN. Sebab rata rata mengatakan teksi ini adalah antara teksi yang bermeter dan bole dipercayai di airport tersebut. Kami dikenakan bayaran sebanyak VND 160,000.00. Kira kalau dalam matawang kita RM 24 macamtu. Pastikan number telephone yang tertera adalah 38.27.27.27. Ada juga teksi yang lebih kurang vinasun akan tetapi number telephone nya bermula dengan 58. Jangan naik ok yang itu? Merbahaya..

Perjalanan dari airport ke hotel kami mengambil masa 25-30 minit. Sepanjang perjalanan , kami dapat lihat kepadatan penduduk yang amat sangat. Rata rata penduduk di hcmc ini lebih kurang 9 juta penduduk dan pengangkutan utama mereka adalah motosikal...Ye, sebanyak 6 juta motosikal ok!
Cuba tengok wayar elektrik ini, berselirat sangat ok...
Selepas 30 minit perjalanan, akhirnya kami tiba di tempat kami menginap " An Tam Hotel ". Oh ya, sebenarnya jarak airport dan tempat menginap dekat sahaja, tetapi, teksi , bas yang ada kat sini kena bawa perlahan lahan kerana mereka berkongsi jalan dengan pemandu pemandu motosikal ini . Penjalanan kami dari airport ke hotel amat memeningkan kepala sebab bunyi hon sana sini, yang motosikal  pulak bawa ikut sukahati mereka celah sana celah sini. Tetapi bila kita nak melintas, lintas je mereka akan elak kita. Kalau nak tunggu jalan clear memang berjanggut la ye..

Inilah rupa hotel kami menginap , kami menginap  4 hari 3 malam, harga USD150 untuk 3 malam tu.  Sebab saya booking melalui booking.com jadi harganya terlalu mahal untuk hotel 3 bintang ini. Jadi  untuk sesiapa yang nak datang ke hcmc nie, awak semua walk in je ke hotel, banyak hotel dan harga bole dirunding . Lepastu macam macam free gift yang diberikan oleh pihak hotel.
Okla berhenti kat sini dulu..nanti saya sambung di entri yang lain ye.



Shimashimy : Enjoice!

No comments:

Post a Comment