Tuesday, November 13, 2012

Cuti cuti Ho Chi Minh Part 2 - Dinner

Hai,

Happy Deepavali !

Hari public holiday, seperti biasa saya akan gagahkan diri untuk habiskan ceritera cuti cuti saya kali ini.Jom layan!

Setelah selesai Mekong tour, kami pun pulang ke Bandar ho chi minh dan sampai ke hotel dalam pukul 5.30 petang. Waktu tu memang dah bekeroncong dah perut kami. Heheh Lepasje letak beg di hotel , kami pun cari tempat tempat halal untuk di makan. 

Jom tengok apa kami makan ok!
Sorry ye kawan kawan, lupa nak letak gamba ini, "Restoran Serai" . Ini restoran pertama yang kami jejakkan kaki untuk dinner. Restoran ini dekat je dengan hotel kami menginap, makanan pun sedap tau.   

Spring rolls - VND 75,000

Pho - VND 85,000


Vietnam Coffee - VND 40,000

Chicken noodle - VND 85,000

Nasi goreng kampung - sedap weh, VND 75,000

Nama pemilik kedai ini, azmi hussin, kalau awak semua datang ke ho chi minh city, jangan lupa singgah kedai ni, tetapi agak mahal sedikit la. Walau apapun masih tak dapat nak lawan ayam masak lemak cili padi mak saya...hehheh


 Ini pula restoran kedua yang kami singgah untuk dinner, Restoran Melayu Champa Haji Halim. Di sebelah bawah kedai ini, banyak telekung, kain cotton dan jubah di jual manakala sebelah atas pula kedai makan. Makanan kat sini tak la sesedap Serai. Restoran Melayu Champa Haji Halim ini terletak berhadapan dengan Restoran Serai. Jom Check it out!
Name card Haji Halim

Vietname Coffee lagi  -VND 45,000

Hot Vietname Coffee - VND 45,000



Harga Makanan tak ingat la berapa . Tetapi harga keseluruhan VND 200,000.
 Rata rata kedai makanan kat sini semua ada menyediakan perkhidmatan delivery. Jadi tak perlu risau just call, lepas tu dia akan hantar makanan yang kita nak.

Lepas makan, kami jalan jalan ke night market, sambung beli apa yang tak beli lagi.. Hubby sempat la makan durian kat situ. Dia kata tak sesedap durian yang terdapat di Malaysia. Lepas makan durian, balik bilik dan zzzzzzzz......

Seronok sangat la tu...ish ish ish...




Tunggu aktiviti kami di hari ketiga ok!

Sunday, November 11, 2012

Cuti cuti Ho chi minh - Part 2, Day 2

Assalamualaikum,


Hari ni, lepas negotiate dengan kedai hajah basiroh tu, kami pun bersetuju ambil pakej Mekong tour dengan mereka. Harga yang dikenakan USD20/per person. Agak mahal sedikit sebab kami suruh mereka bungkus kan makanan halal untuk kami dan harga itu sudah termasuk bayaran untuk Mekong trip tu. Dalam pada itu, kami di maklumlan semua tempat yang dia bawa tu tak halal. Kalau dia kata halal pun, tipu tu. Maka kami pun di bekalkan nasi lemak, ayam goreng dan air. Cukup untuk menampung kami berdua ..hehhehehe...

Kami bertolak dari hotel pukul 7.45am , perjalanan mengambil masa selama 2 .5 jam, kami sampai dalam pukul 10.20am macamtu.

Jom jalan jalan pusing Mekong tour nie ok!
Muka kami fresh kan..!

Kat sini kami berhenti berehat selama 20 minit, nak buang air ke ape ke.bole la di buat di sini.. Saya? duk luar jela..heheh


Mengikut tour guide kami, ada 4 pulau kesemuanya yang akan kami pergi. Pulau- Pulau itu adalah Turtle Island, Dragon Island, Phoenix Island dan Unicorn Island.

Ni kat Phoenix Island, tengok penduduk tempatan membuat coconut candy.

Antara perasa coconut candy yang terdapat di pulau tu, kelapa , koko, perasa original, durian dan macam macam jenis.






Ini kat Unicorn Island, lepas dah naik boat besar, kita naik small rowling boat, kesian makcik nie tolong kayuh untuk kami. Nasib ko la makcik kena kayuh untuk  orang yang debab debab seperti kami.hehehhe


Refresh diri dengan minum air limau,dan madu di campur dengan royal jelly. Good for skin maam.hehhe



Saya takuttt... Air sungai ni sejengkal je dari sampan tu..




Inila tour guide kami, "tham" nama dia .Tham tunjukkan alat alat menangkap ikan yang di gunakan di pulau tersebut

Pembuatan lempeng dengan menggunakan rice paper. Sedap tau , lebih sedap yang di campur dengan pisang




Sebelum kembali ke ho chi minh, kami didengdangkan dengan lagu lagu tempatan dari penduduk tempatan. Kami juga dihiburkan dengan lagu si jantung hati tau....tepuk tepuk tepuk...


Lawatan ini mengambil masa satu hari tau. Secara keseluruhan saya seronok sangat dengan trip ni.. Saya juga dapat mengatasi ketakutan dengan sungai ini. Nasib baik sang buaya tak muncul kan diri..hehhe..


Okla geng out dulu..Nanti saya cerita apa yang kami makan setelah pulang dari Mekong trip ni ok...




Cuti cuti Ho chi minh - Waktu solat

Salam,

Just nak berkongsi waktu solat di bandar ho chi minch .

Waktu di ho chi minh ni lewat satu jam dari waktu di Malaysia. Siang nya pendek tetapi malam dia panjang. 

Kat sini saya nak kongsikan waktu solat di ho chi minh . Based on november 2012.


Fajr       - 4.30 am

Sunrise -  5.45 am

Zuhur   -  11.38am

Asar       - 2.59pm

Maghrib - 5.29 pm

Isha        - 6.59 pm


Harap harap membantu ye.

Cuti cuti Ho Chi Minh - Part 1, Day 1

Hi,

Malas betul nak update..hikhikhik...

Setelah melepaskan penat di hotel, kami continue jalan jalan masuk ke behn tan market. Tak sampai pun 5 minit jalan kaki, lintas jalan je terus sampai market tu. Kat sana ada macam macam yang dijual , kain, tudung, selipar, kasut manik , baju, yang paling popular kain cotton dan vietnam silk la..

Aku pun tersangkut gak beli kain banyak banyak, ala bukan selalu datang kan.. Ape lagi borong la.. 

Jom tengok gambar kami bershopping kat benh tan market nie ok?


Inilah rupa pasar benh tan dari luar.
Inila gambar kakak yang saya beli kain cotton dengan dia. Saya beli  10 pasang sepasang dia bagi RM 30. Cotton dia cantik cantik. Mak saya kata sekali pandang muka kakak ni macam muka saya..cisssssssss


Gambar yang atas tu, nombor dan nama kedai yang saya beli kain tu, yang lain tu antara kain yang saya beli.heheh

Lepas dah berborong sakan , perut pun dah kruk , kruk minta diisi, jadi sebab kami penat kami hanya makan di restoran yang ada di depan hotel kami menginap. Nama restoran yang mula muka kami masuk adalah "kampung melayu" akan tetapi kami masuk just order air je sebab makannya agak mahal la.. jadi kami order air sahaja. Hubby order vietname kopi yang amat populor di sana saya order longan ais. hehe. Kedua dua minuman ini berharga VND 45,000 setiap satu. Kalau nak dikira dalam duit kita lebih kurang RM8 la satu minuman. 
Inilah kedainya, ada aircond kat dalam tu. heheh
Kemudian , kami singgah kedai yang sebelah tu, kedai Basiroh, dibuka oleh seorang ustazah bernama hajah basiroh, dia merupakan seorang bekas qariah seketika dulu. Kat sini saya makan mee "pho" atau disebut sebagai fer , ala ala bakso ...hehhe bihun sup dengan bebola daging..sedap tau.. manakala hubby makan nasi putih, ayam, sayur. Semua makanan tu harganya VND160,000 . Duit malaysia bersamaan RM20++ jugala.. Kat sini semua makanan halal harganya dua kali ganda sebab kesukaran untuk mendapat makanan halal di vietnam.

Setelah kenyang , kami pun meneruskan perjalanan pusing pusing vietnam . Enjoice!



Antara monumen monumen yang terdapat di sekitar bandar ho chi minh city

Jangan tak tahu, kat sini pun ada pelbagai jenama mahal antarabangsa tau. Saya tak masuk , just duduk depan je..hehheeh

Kat sini, ada supermarket. Kami borong air mineral dan air manis. Almaklum penat  berjalan seharian. Barang barang yang di jual memang murah la.Tapi tak ingatla apa nama jalan ni..Tak silap saya berdekatan dengan maybank ho chi minh  
  
LOUIS VUITTON



Malam pun makin gelap jadi kami pun balik ke sangkar...Kena tidur awal malam ni. Esok nak pergi Mekong delta tour. yeay!!