Tuesday, September 19, 2017

JOM TRAVEL KE EUROPE DENGAN SYARLIZ TRAVEL GROUP DECEMBER 2017

PAKEJ MURAH KE EROPAH - LONDON, PARIS, BRUSSELS, AMSTERDAM, HIEDELBERG, LUCERNE/ZURICH (RM6998)



JOM KEMBARA EROPAH 6 NEGARA RM6998 SAHAJA





ENGLAND - FRANCE - BELGIUM - HOLLAND - GERMANY – SWISS

RM6,998 SAHAJA
RM6,998 SAHAJA
RM6,988 SAHAJA

# Murah dan berbaloi-baloi
# Harga tetap & tiada caj tambahan
# Terhad 30 orang sahaja satu group
# Tour guide/leader berpengalaman
# Servis terbaik

Date : 7-17 Dec 2017
Masa : 11 Hari 8 Malam
Airline : Oman Air

Pakej termasuk :
- Tiket penerbangan Oman Air (30kg)
- Hotel 3 bintang
- Pengangkutan sepanjang perjalanan dan bayaran masuk
- Sarapan pagi sahaja
- Tipping guide dan driver
- Tour Leader

Sila hubungi :
NAHZATUL SHIMA
📞 012-3522342
📞 012-3522342
📞 012-3522342

Deposit : RM500 + RM500
( KAMI MENERIMA BAYARAN ANSURAN SETIAP BULAN )

Dikendalikan Oleh :
SYARLIZ TRAVEL GROUP SDN BHD (1219095-P)
Unit 21-10, Binjai 8
No.2 Lorong Binjai
50450 Kuala Lumpur
03-23897945

EMAIL : syarliztravelgroup@yahoo.com/shimarasedi@gmail.com

FB : SYARLIZ TRAVEL GROUP

JOM TRAVEL KE ITALY DENGAN SYARLIZ TRAVEL GROUP NOVEMBER INI

Assalamualaikum semua,

Saya nak promote travel package with Kak Syarliz travel group.

So pada sesiapa yang takde apa apa plan lagi untuk hujung tahun, bolehla pertimbangkan untuk bercuti dengan syarliz travel group.

Kali ini syarliz travel group akan ke Italy. JOm Jom Jom!




Apa yang istimewa sangat dengan pakej ni? 

ROME- PISA - FLORENCE - VENICE - MILAN

Apa yang menarik di Italy?
1. Lawatan ke salah satu 7 keajaiban dunia dan beberapa tapak sejarah UNESCO World Heritage yang menakjubkan.
2. Berpeluang membeli belah di kota fesyen jenama terkenal dan factory outlet dengan harga yang lebih murah. Anda boleh shopping sampai pengsan.
3. Berpeluang meronda kota tanpa kenderaan dan bandar air yang terkenal di Italy.
4. Berpeluang membeli belah barangan kulit buatan Italy yang sangat cantik dan bermutu. Rugi kalau tak beli.
5. Wajib rasa spaghetti dan pizza yang dimasak sendiri oleh orang Italy. Memang sangat sedap!!!
6 Kepada peminat HRC anda berpeluang pergi ke HRC Venice, HRC Florence dan HRC Rome.


Anda tidak perlu pening kepala nak booking flight, hotel dan pengangkutan di sana.
Kami sediakan untuk anda segala-galanya dari A to Z.


Harga : RM 6,588.00 (ALL IN – TIADA CAJ TAMBAHAN)
Date : 12 Nov - 19 November 2017 
Masa : 8 Hari 6 Malam
Airline : Etihad Airways

Pakej termasuk :
1. Tiket penerbangan Etihad Airways (2 x 23kg)
2. Hotel 3/4 bintang
3. Pengangkutan sepanjang perjalanan dan bayaran masuk
4. Sarapan pagi setiap hari, 1 kali lunch dan 1 kali Gala Dinner
5. Tips guide dan driver
6. Tour leader


Sila hubungi :

Nahzatul Shima
>>012-3522342<<
>>012-3522342<<
>>012-3522342<<
>>012-3522342<<

Deposit : RM500 + RM500

( KAMI MENERIMA BAYARAN ANSURAN SETIAP BULAN )

Dikendalikan Oleh :
SYARLIZ TRAVEL GROUP SDN BHD (1219095-P)
UNIT 21-10, BINJAI 8
NO.2 LORONG BINJAI
50450 KUALA LUMPUR
EMAIL : syarliztravelgroup@yahoo.com
FB : SYARLIZ TRAVEL GROUP












Istana Topkapi

Assalamualaikum semua,

Seronok kan cuti 5 hari.. hehe

 Saya rasa seronok sangat dan makan pun sangatla banyak... Hari ni just nak share
Apa yang saya buat kat Istana Topkapi.





Sebenarnya tak bole nak tangkap gambar kat dalam Istana Topkapi nie . Dalam istana ni ada peniggalan Nabi Muhammad SAW, para sahabat nabi dan anak nabi . Jadi tak bole ambil gambar.
Banyak bunga kelihatan  di perkarangan Istana Topkapi tapi tak sehebat Emirgan Park.

Sehingga Berjumpa lagi.

Friday, September 01, 2017

APRIL TRIP PART 3 : TURKI DAN INDIA GOLDEN TRIANGLE



MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 kepada semua.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.

Harini ni saya nak cerita hari ketiga kami di bumi Istanbul, Kami Melawat Istana Topkapi, Blue Mosque dan Hagia Sophea.

Dari Viva Deluxe Hotel, kami berjalan kaki dalam 20 minit nak ke 3 tempat tersebut,

Kami melawat ke Blue Mosque, Hagia Sophea dan Last sekali ke Istana Topkapi. Macam yang saya cerita, Istana Topkapi ni kami melawat last sekali sebab kat situ ada taman tulips.

Jom layan gam









Kucing popular di Haghia Sophia


Ini Ibrahim, tour guide kami ke Istana Topkapi, Haghia Sophia dan Blue mosque







Pemandangan di  Blue Mosque

Itu Antara gambar yang saya ada semasa melawat Blue Mosque dan Hagia Sophia. Nanti saya share pasal Istana topkapi ya.. Saya rasa sangat cantik istana tu..


Jom makan dulu...



Wednesday, August 30, 2017

APRIL TRIP 2017 PART 2 : TURKI DAN INDIA GOLDEN TRIANGLE

Assalamualaikum semua,

Salam pukul 1145 malam..hehhe

Sebelum tidor , saya nak sambung apa aktiviti yang saya dan mak saya buat di hari kedua kami di bumi Turki.

Ok, harini kami pergi ke Emirgan Park. Dari hotel perjalanan dalam 1 jam naik van untuk ke sana. Emirgan park ni luar dari bandar Instanbul. Tetapi disebabkan kami pergi waktu hari referendum jadi banyak jalan tutup dan it takes about 2 hour baru sampai. Walaupun lambat , kami berpuas hati dengan apa yang disajikan sebaik saja kami sampai di Emirgan Park.

Emirgan Park ni adalah Taman Tulip. Banyak Tulips di tanam di sini. Tapi kalau bukan musim bunga, tempat ni jadi tempat beriadah untuk warga Turki.

Untuk ke Emirgan Park, kalau naik train ambil tram dari "Sikerci" sampai ke station yang akhir yakni station  "Kabatas". Lepastu bole naik bas 25E dari Kabatas ke Emirgan park. Pastikan dapat tempat duduk sebab perjalanan jauh. Nanti penat pulak berdiri. Cara lain, bole jugak naik hop on hop off ferry dari Kabatas ke Emirgan. Ferry ni akan menyusuri Bosphorus Cruise. Menarik kan. Jom muntah tengok gambar tulips... :P

















Kepada sesiapa yang minat pada bunga terutama bunga tulips, memang Emirgan Park ni menjanjikan pemandangan yang sangat sangat indah. Rasa macam tak percaya je tengok bunga tulip depan mata. Ada satu lagi tempat yang bole kita tengok tulips iaitu di perkarangan istana "Topkapi". Tapi kat sana tak boleh nak baring baring sangat sebab ada di pasang pagar. Di Emirgan Park ni kalau korang nak baring baring la sesuka hati.. Sangat berbaloi. Kalau datang musim bunga, jangan lupa singgah ke Emirgan Park ya.

Tuesday, August 29, 2017

APRIL TRIP 2017 : TURKI DAN INDIA GOLDEN TRIANGLE

Assalamualaikum semua,

Hari Kebangsaan dan Hari Raya Haji akan menjelma tak lama lagi.

Mesti ramai yang dah ambil cuti seminggu kan.

Selamat Bercuti saya ucapkan.

Ok, saya nak cerita sikit pasal trip saya ke Turki dan India April lepas. 4 bulan dah berlalu.hehhe.

Tapi takpe saya cuba share kan. Actually , trip ke Turki dan India ni saya guna travel agent.

Sebab Pertama, saya pergi dan mak ke turki, dan ke india saya ambil private tour sebab saya dah suami dan berapa adventure..Tarikh yang kami pergi untuk trip turki 15 April 2017- 21 April 2017. Harga ground package seorang adalah RM2490 .

Untuk ke turki kami guna agent "Aku dan Istanbul ". Semua dah disediakan, cuma kami beli tiket kapal terbang je. Oh ye, kami naik Qatar Airways, dari KL ke Istanbul, seorang pada waktu, dalam RM1890. Transit di doha selama 5 jam. Tapi saya tak berapa suka sebab sit sangat sempit dan hand rest naik separuh je. Untuk saya yang berbadan besar ni , sempit la.. Anyway jom ikuti tour saya dengan mak.

Hari kami sampai, adalah hari Jumaat. Warga Turki baru selesai menunaikan Fardhu Jumaat. Jadi jalan agak sesak. Kami menginap di Viva Deluxe hotel di area sikerci.


Tu gambar ihsan dari google , saya lupa sangat nak ambil gambar hotel sebab dah penat.

Hari Pertama sampai ke hotel dah pukul 3 lebih, rehat rehat kan badan, solat , mandi , saya dan mak jalan jalan pergi ke Taksim square. Dari Viva deluxe hotel ni, senang je, naik tram sampai ke stesen yang akhir iaitu stesen "Kabatash" dan dari "Kabatash" naik "Fenacular" sampai la ke Taksim Square. Senang Je. Saya beli Istanbul card, beli satu je tapi bole share ramai ramai. Jimat pun jimat. Yang larat jalan bole je jalan dari hotel ke Taksim Square. Dalam 30minit berjalan kaki.
Ni la rupa Instanbulkart.
Add caption
Alhamdulillah sampai kami di Ataturk Airport
seronok makcik!
Tempat kami tunggu train ,Sikerci station

Waktu ni, warga negara turki tengah berpiket aman sambil menyanyi di Taksim Square. Hari yang kami datang tu tengah berreferundum, untuk  menentukan samada Erdogan dapat kuasa mutlak ataupun tidak





Kami sempat singgah kedai ni untuk beli sedikit turkish delights dan baklava.

Taksim Square

Budak jual roti pun handsome!

Kami borong banyak banyak untuk makan malam dengan sambal tumis ikan bilis
                                     


Inila aktiviti hari pertama kami di Istanbul. Sebenarnya penat sangat hari pertama tu, lepas jalan jalan kat Taksim, hari pun dah petang, solat, mandi berehat dan kemudian zzzz. Esok nak ke Emirgan Park, Taman Tulip katanya. Nanti saya sharekan keadaan kat sana. Sangat Indah

Semoga saya gigih tulis blog ni.. Selamat Malam Semua!