Saturday, January 12, 2013

USS SINGAPORE HERE I COME!

Hi,

Sorry dah lama tak update blog nie..so bz..

Seperti yang dijanjikan, saya nak kongsi cerita sewaktu saya bercuti ke Universal Studio Singapore. Saya pergi bersama en suami dan 3 orang anak sepupu saya. Jom tengok gambar ok!

Saya drive masuk singapura. Kami tak book hotel sebab saya tinggal di Tampines rumah makcik. Jadi save la duit penginapan kami. Memang seronok jalan jalan ramai ramai. So jom jalan jalan ke USS dengan saya ye...

Kami ke USS naik Sentosa Expressway. Kalau nak ke USS menaiki Sentosa Expressway , kenala ke VivoCity Mall, Naik 3rd floor untuk naik Expressway

Muka excited la tu
Haa...inila antara station yang bole dikunjungi dengan tiket SGD3..So jangan buang tau tiket tu..

Di bawah pepohon gul gula...yeay!!!


Gambar wajib kepada sesiapa yang mengunjungi USS Singapore nie.hehehe


Yeay!!!Akhirnya kami dapat jejakkan kaki ke sini...Alhamdullillah!

Kungfu Panda...

Di tengah tengah Kota New York...chewahhh...

Yang ni tak buka lagi..Akan dibuka tahun 2013. Ada family ride katanya..

We are Optimus Prime..Ridenya amat best ok!


Accelator

Tiga budak excited

Roller coaster boost my adrenalin...Wajib naik


Orang berkaki panjang




Tengah tunggu Waterworld show..




Antara pelakon pelakon Waterworld show

Far far away..Cantikkkan

Tengah beratur nak tengok Shrek 3D



Shrek and Princess Fiona









Kat sini ada macam macm topi..Jangan lupa tangkap mencuba topi topi nie ok....

Charlie Chaplin..


Weeee....

Si Tong sampah....

Woody woodpecker...



Cutekan....





 Secara keseluruhannya memang seronok bercuti kat sini..Budak 3 orang nie pun amatla seronok..Insyallah kami akan dating lagi satu hari nanti...Kepada sesiapa nak melancong ke Singapore, jangan lupa singgah USS ok. Walaupun mahal, tapi berbaloi...

Kami plan ke satu tempat..Tunggu..Nanti kami cerita ok..hehhe




Tuesday, January 01, 2013

Selamat bertunang kawan!

Hi,

29 December 2012,

Kawan saya syira selamat menjadi tunangan orang. Tunangnya bernama Firdaus.

Syira ni kawan se iTM saya dan merangkap roommate saya. Jadi kami memang dah kenal lama la..

Majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada bulan May 2013.

Saya doakan agar dia kekal bersama pasangannya sehingga ke akhir hayat. aminn








Happy New Year Uolllss... Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas.

Bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah Final Part

Akhirnya , sampai ke penghujung cuti cuti saya ke Melaka ini,


Sebelum bertolak balik, kami sekeluarga singgah ke Klebang untuk makan tenghari. Makan tepi laut. Tapi laut sudah di tambak. Itu pun jadi la. Janji dapat makan di tepi laut ye tak?


Oh ya, lupa nak bagitau. kalau ke Klebang jangan lupa singgah ke Gerai Pak Jalil,yang terletak di limbongan  tepi masjid warna kuning .Apa yang menarik di situ adalah Kuih Keria sira gula Melaka. Sedap sangat. So , sesiapa yang ke area Klebang akan jumpa Limbongan dulu dan perhatikan Masjid warna kuning, sebelah masjid tu terletak gerai tu. Memang terbaik la!


Inila gerai Pak jalil kita....Jangan lupa singgah ye kawan kawan. Sebiji kuih keria berharga MYR 0.50



Jom tengok gambar lagi.




Kadang kadang seronok dapat makan bersama. Terima kasih kepada bapa mertuaku kerana belanja makan kami.Best sangat!!!



Saya rasa cukup la entri untuk kali ini.. Nanti saya upload gambar dan cerita ke USS Singapore. Memang best!