Friday, February 12, 2010

Buat Seorang Teman....

Post ini ditujukan kepada sahabat baik yang bernama "IXA IXORA"....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tara........
































Adakah dia akan membeli dan menetap di taman perumahan ini?????



ShimaShimy : Beb, Jangan Marah aaa....

Resepi - Kek Chocolate Chip

Hai..

Pagi pagi lagi dah bangun nak buat sarapan..Ingat nak buat Muffin Chocolate Chip tetapi jadi Kek Chocolate Chip...Tapi masih bole di makan..Senang dan mudah untuk dibuat...Jom kita tengok resepi.

Bahan2 yang disatukan dan diayak;

250g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 camca besar serbuk koko
2 paket milo Fuze..



Bahan yang disatukan dan di kacau rata:
250ml susu
90ml minyak sayur/jagung
1 biji telur Gred A
1 camca teh esen vanilla

















Bahan2 campuran yang lain :
150g chocolate chip (lagi lebih lagi sedap)
175g gula halus

Cara Membuatnya
Dalam satu bekas, satukan bahan2 yang di ayak bersama gula halus dan 150g chocolate chip, gaul rata, tapi saya guna blender je...cepat sket...
















Setelah siap dikacau rata, begini rupanya sebelum dibakar
















Ketika bakar, saya menggunakan api bersuhu 170 darjah celcius selama 18- 20 minit. Semua nie bergantung kepada oven masing masing...
.
.
.
.
.
Tara!!!!!















Harap maklum gamba kurang memuaskan...tapi hubby kata sedap....sehingga menjilat jari.....yahoooo....
Selamat Mencuba kawan kawan.....

Tuesday, February 09, 2010

Cuti Cuti Malaysia


Hello..
Saya hanya nak berkongsi pengalaman bercuti sekolah bulan december haritu..kira merangkap honeymoon beramai ramai la..hehheh...saya, suami, mak, sepupu-sepupu dan anak anak sedara yang comel comel belaka..amat seronok..kami pergi ke "Tambun Lost World - Pulau Pangkor-Ulu Licin, Bruas (Air terjun bersih kat kampung kami)". Seronok betul...Enjoy eh gamba gamba kat bawah...


 







ShimaShimmy : Seronok yang amat sangat

Sah Menjadi Isteri Orang...

Selamat Pagi...

Sudah lama saya tak update blog ni...Tetapi atas desakan kawan kawan yang nak tahu perkembangan saya ..saya gagahkan diri juga untuk terus menulis..Seronok juga menulis..
Untuk pengetahuan kawan kawan saya sudah pun bertukar statusnya...Dari 'Single' menjadi 'Married'.
Tanggungjawab pun dah bertukar..banyak benda yang perlu di fikirkan bersama..Dulu makan Seorang, sekarang semua pun dah berdua...Mencabar betul Alam Perkahwinan ini..Tetapi Sebagai anak yang sulung, kena terus tabah...wuaaaa....

Saya telah Sah Menjadi Isteri kepada seorang lelaki penyanyang.."Ilham B Suardi" namanya...pada 6 November 2009..Kira kira sudah 3 bulan jadi isteri orang..hehehe...Kat bawah nie...saya tunjukkan sedikit sebanyak gamba gamba perkahwinan saya ye..Harap harap kawan kawan kat luar sana doakan kebahagian kami sehingga akhir hayat ye....






"Terima kasih yan tidak terhingga di ucapkan kepada semua yang membantu......"


ShimaShimmy: Doakan Semoga akan baik baik sahaja


Sunday, September 20, 2009

Penutup Ramadhan..

Salam Lebaran,

Hi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.hari nie saya nak post berblog mengenai penutup ramadhan yang mana saya berbuka puasa beramai ramai bersama kawan-kawan sekolah rendah yang mana sekarang masing masing dah bertunang, berkahwin mahupun menjadi bapa dan ibu..seronok btul kan....Seperti tahun tahun yang lalu, Batch Budak Serdang '84, pasti akan menganjurkan majlis berbuka puasa...kali ini,bertempat di SOHO Seafood ,Bangi diterajui oleh" Apai, Fatah dan Redza..."

"Antara mereka yang hadir"


"Kami with Bride to be (Fizah)"







Seronok dapat berbuka macam nie...banyak bole dilakukan waktu ni..bertuka tuka cerita, bertuka tuka kad kahwin dan mcam mcam lagi la...Seronok kan???

Shima: Mood Raya-tunggu post blog hari raya saya ye.....raya terakhir seorang bujang.heheh

Friday, September 11, 2009

Berbuka di Sakura Kristal...

Selamat Pagi..

Seperti biasa saya nak cerita acara makan makan setiap hari saya.hehehe..semalam saya dan si tunang berbuka di Sakura kristal bertempat di Jusco AU2,Setiawangsa antara salah satu cawangan Sakura Kristal selain di Taman Melawati..Ada macam macam makanan kat sana ..ada Asian Food, dan ada juga Western Food..Semalam kami order 3 jenis makanan dan 2 lemonade..Okla..sape sape yang nak mencubakan kelainan bole la datang makan di sini..
"Keadaan luar Sakura Kristal"
"Dory Fish-Makanan Saya"
RM 15
"Grilled Lamb Chop-Makanan favorite si tunang"
RM19
"2 lemonade kegemaran kami"
RM14
Siapa siapa yang nak mencuba bole mencuba pelbagai makanan yang ada di sini
Shima: Harga semua RM61.50 after discount 10%(Jcard member)..hhuhu

Thursday, September 10, 2009

Berbuka di AnCAsa Hotel

Selamat pagi...

Seronok betul post mengenai makanan nie kan??yea saya memang suka makanan.heheh..Semalam saya dan rakan rakan sepejabat berbuka di AnCasa Hotel..Harga sekepala around RM60..hmmm..banyak betul makanan tapi okla bole mengenyangkan...Kami semua makan sampai mengenyang..hehe...Antara juadah berbuka puasa ada kat bawah nie..sape sape yang nak makan kat sini bole call AnCAsa Hotel ckap ngan Kak Jue..Kak Jue nie kuat melatah.hahahaha.

"Muka muka kelaparan..heheh"
"Kakak ni tengah masak Pie Tee.sempat blaja dengan dia"
"Antara makanan makanan yang disediakan dia AnCasa Hotel"
"Kami yang Kenyang"
Seronok bila dapat makan makan macam nie...Saya bole cuba kesemua juadah makanan yang di sediakan...
Shima: Good FOOD + Good FACE = BEST!