Thursday, November 15, 2012

Cuti cuti Ho Chi Minh - Part 3

Salam Khamis,

Selamat menyambut Awal Muharram..

Saya nak sambung hari ketiga kami di ho chi minh, hari ini hari last kami nak shopping atau jalan jalan sekitar bandar saigon ni kerana hari keempat kami ambil flight pagi pukul 10.30 pagi jadi tak sempat nak jalan jalan dah. 

Harini kami mulakan dengan breakfast di kedai hajah basiroh dan mulakan perjalanan ke Hard Rock Ho chi minh. Kami taktau sangat jalan ke sana , pergi sana jalan tanya la orang tempatan. Bagi kami agak jauh jugala tetapi kalau mengikut penduduk tempatan ada je shortcut.hehhehe.takpelah, jauh perjalanan , luas pemandangan.hahhaha...

Jom tengok gamba ...

Bersama Sales girl hard rock cafe, dia tinggi dari saya...slim and tall..



Hard rock cafe ni terletak di jalan Hai ba trung


Muka penat sebab jalan jauh.hikhikhik

Kat belakang tu taman untuk orang berehat dan beriadah, Saya beli kelapa ni dua biji bersamaan RM2, walaupun sebenarnya kalau orang tempatan beli RM 1. kira murah jugak latu jika dibandingkan di Malaysia.hihihi


Setelah penat berjalan kami pun stop kat satu kedai ni (SAIGON GREEN HOUSE). Kedai ni ada discount 20%. Baru buka tetapi ramai yang taktau. Kat sini kami minum je, tengahari dan dinner kami suruh mereka delivery with 20% discount . Murahkan!!

Ice Milk Vietnam coffee

Selain kedai makan di tingkat 3, ada juga jual telekong, jubah dan beg beg di sebelah tingkat bawah.

96A Nam Ky Khoi Nghia St district 1

Discount 20%..yehaaa!!




 Selepas kami order makan tenghari untuk dihantar ke hotel, kami meneruskan pencarian untuk mencari  masjid untuk solat zohor. Jalan punya jalan akhirnya jumpa kami dengan masjid . Alhamdulillah, hajat kami tercapai untuk pergi ke masjid..


Nanti kami tunjukkan masjid yang kami pergi di entri akan datang ok..
































Tuesday, November 13, 2012

Cuti cuti Ho Chi Minh Part 2 - Dinner

Hai,

Happy Deepavali !

Hari public holiday, seperti biasa saya akan gagahkan diri untuk habiskan ceritera cuti cuti saya kali ini.Jom layan!

Setelah selesai Mekong tour, kami pun pulang ke Bandar ho chi minh dan sampai ke hotel dalam pukul 5.30 petang. Waktu tu memang dah bekeroncong dah perut kami. Heheh Lepasje letak beg di hotel , kami pun cari tempat tempat halal untuk di makan. 

Jom tengok apa kami makan ok!
Sorry ye kawan kawan, lupa nak letak gamba ini, "Restoran Serai" . Ini restoran pertama yang kami jejakkan kaki untuk dinner. Restoran ini dekat je dengan hotel kami menginap, makanan pun sedap tau.   

Spring rolls - VND 75,000

Pho - VND 85,000


Vietnam Coffee - VND 40,000

Chicken noodle - VND 85,000

Nasi goreng kampung - sedap weh, VND 75,000

Nama pemilik kedai ini, azmi hussin, kalau awak semua datang ke ho chi minh city, jangan lupa singgah kedai ni, tetapi agak mahal sedikit la. Walau apapun masih tak dapat nak lawan ayam masak lemak cili padi mak saya...hehheh


 Ini pula restoran kedua yang kami singgah untuk dinner, Restoran Melayu Champa Haji Halim. Di sebelah bawah kedai ini, banyak telekung, kain cotton dan jubah di jual manakala sebelah atas pula kedai makan. Makanan kat sini tak la sesedap Serai. Restoran Melayu Champa Haji Halim ini terletak berhadapan dengan Restoran Serai. Jom Check it out!
Name card Haji Halim

Vietname Coffee lagi  -VND 45,000

Hot Vietname Coffee - VND 45,000



Harga Makanan tak ingat la berapa . Tetapi harga keseluruhan VND 200,000.
 Rata rata kedai makanan kat sini semua ada menyediakan perkhidmatan delivery. Jadi tak perlu risau just call, lepas tu dia akan hantar makanan yang kita nak.

Lepas makan, kami jalan jalan ke night market, sambung beli apa yang tak beli lagi.. Hubby sempat la makan durian kat situ. Dia kata tak sesedap durian yang terdapat di Malaysia. Lepas makan durian, balik bilik dan zzzzzzzz......

Seronok sangat la tu...ish ish ish...




Tunggu aktiviti kami di hari ketiga ok!

Sunday, November 11, 2012

Cuti cuti Ho chi minh - Part 2, Day 2

Assalamualaikum,


Hari ni, lepas negotiate dengan kedai hajah basiroh tu, kami pun bersetuju ambil pakej Mekong tour dengan mereka. Harga yang dikenakan USD20/per person. Agak mahal sedikit sebab kami suruh mereka bungkus kan makanan halal untuk kami dan harga itu sudah termasuk bayaran untuk Mekong trip tu. Dalam pada itu, kami di maklumlan semua tempat yang dia bawa tu tak halal. Kalau dia kata halal pun, tipu tu. Maka kami pun di bekalkan nasi lemak, ayam goreng dan air. Cukup untuk menampung kami berdua ..hehhehehe...

Kami bertolak dari hotel pukul 7.45am , perjalanan mengambil masa selama 2 .5 jam, kami sampai dalam pukul 10.20am macamtu.

Jom jalan jalan pusing Mekong tour nie ok!
Muka kami fresh kan..!

Kat sini kami berhenti berehat selama 20 minit, nak buang air ke ape ke.bole la di buat di sini.. Saya? duk luar jela..heheh


Mengikut tour guide kami, ada 4 pulau kesemuanya yang akan kami pergi. Pulau- Pulau itu adalah Turtle Island, Dragon Island, Phoenix Island dan Unicorn Island.

Ni kat Phoenix Island, tengok penduduk tempatan membuat coconut candy.

Antara perasa coconut candy yang terdapat di pulau tu, kelapa , koko, perasa original, durian dan macam macam jenis.






Ini kat Unicorn Island, lepas dah naik boat besar, kita naik small rowling boat, kesian makcik nie tolong kayuh untuk kami. Nasib ko la makcik kena kayuh untuk  orang yang debab debab seperti kami.hehehhe


Refresh diri dengan minum air limau,dan madu di campur dengan royal jelly. Good for skin maam.hehhe



Saya takuttt... Air sungai ni sejengkal je dari sampan tu..




Inila tour guide kami, "tham" nama dia .Tham tunjukkan alat alat menangkap ikan yang di gunakan di pulau tersebut

Pembuatan lempeng dengan menggunakan rice paper. Sedap tau , lebih sedap yang di campur dengan pisang




Sebelum kembali ke ho chi minh, kami didengdangkan dengan lagu lagu tempatan dari penduduk tempatan. Kami juga dihiburkan dengan lagu si jantung hati tau....tepuk tepuk tepuk...


Lawatan ini mengambil masa satu hari tau. Secara keseluruhan saya seronok sangat dengan trip ni.. Saya juga dapat mengatasi ketakutan dengan sungai ini. Nasib baik sang buaya tak muncul kan diri..hehhe..


Okla geng out dulu..Nanti saya cerita apa yang kami makan setelah pulang dari Mekong trip ni ok...