Wednesday, August 30, 2017

APRIL TRIP 2017 PART 2 : TURKI DAN INDIA GOLDEN TRIANGLE

Assalamualaikum semua,

Salam pukul 1145 malam..hehhe

Sebelum tidor , saya nak sambung apa aktiviti yang saya dan mak saya buat di hari kedua kami di bumi Turki.

Ok, harini kami pergi ke Emirgan Park. Dari hotel perjalanan dalam 1 jam naik van untuk ke sana. Emirgan park ni luar dari bandar Instanbul. Tetapi disebabkan kami pergi waktu hari referendum jadi banyak jalan tutup dan it takes about 2 hour baru sampai. Walaupun lambat , kami berpuas hati dengan apa yang disajikan sebaik saja kami sampai di Emirgan Park.

Emirgan Park ni adalah Taman Tulip. Banyak Tulips di tanam di sini. Tapi kalau bukan musim bunga, tempat ni jadi tempat beriadah untuk warga Turki.

Untuk ke Emirgan Park, kalau naik train ambil tram dari "Sikerci" sampai ke station yang akhir yakni station  "Kabatas". Lepastu bole naik bas 25E dari Kabatas ke Emirgan park. Pastikan dapat tempat duduk sebab perjalanan jauh. Nanti penat pulak berdiri. Cara lain, bole jugak naik hop on hop off ferry dari Kabatas ke Emirgan. Ferry ni akan menyusuri Bosphorus Cruise. Menarik kan. Jom muntah tengok gambar tulips... :P

















Kepada sesiapa yang minat pada bunga terutama bunga tulips, memang Emirgan Park ni menjanjikan pemandangan yang sangat sangat indah. Rasa macam tak percaya je tengok bunga tulip depan mata. Ada satu lagi tempat yang bole kita tengok tulips iaitu di perkarangan istana "Topkapi". Tapi kat sana tak boleh nak baring baring sangat sebab ada di pasang pagar. Di Emirgan Park ni kalau korang nak baring baring la sesuka hati.. Sangat berbaloi. Kalau datang musim bunga, jangan lupa singgah ke Emirgan Park ya.

Tuesday, August 29, 2017

APRIL TRIP 2017 : TURKI DAN INDIA GOLDEN TRIANGLE

Assalamualaikum semua,

Hari Kebangsaan dan Hari Raya Haji akan menjelma tak lama lagi.

Mesti ramai yang dah ambil cuti seminggu kan.

Selamat Bercuti saya ucapkan.

Ok, saya nak cerita sikit pasal trip saya ke Turki dan India April lepas. 4 bulan dah berlalu.hehhe.

Tapi takpe saya cuba share kan. Actually , trip ke Turki dan India ni saya guna travel agent.

Sebab Pertama, saya pergi dan mak ke turki, dan ke india saya ambil private tour sebab saya dah suami dan berapa adventure..Tarikh yang kami pergi untuk trip turki 15 April 2017- 21 April 2017. Harga ground package seorang adalah RM2490 .

Untuk ke turki kami guna agent "Aku dan Istanbul ". Semua dah disediakan, cuma kami beli tiket kapal terbang je. Oh ye, kami naik Qatar Airways, dari KL ke Istanbul, seorang pada waktu, dalam RM1890. Transit di doha selama 5 jam. Tapi saya tak berapa suka sebab sit sangat sempit dan hand rest naik separuh je. Untuk saya yang berbadan besar ni , sempit la.. Anyway jom ikuti tour saya dengan mak.

Hari kami sampai, adalah hari Jumaat. Warga Turki baru selesai menunaikan Fardhu Jumaat. Jadi jalan agak sesak. Kami menginap di Viva Deluxe hotel di area sikerci.


Tu gambar ihsan dari google , saya lupa sangat nak ambil gambar hotel sebab dah penat.

Hari Pertama sampai ke hotel dah pukul 3 lebih, rehat rehat kan badan, solat , mandi , saya dan mak jalan jalan pergi ke Taksim square. Dari Viva deluxe hotel ni, senang je, naik tram sampai ke stesen yang akhir iaitu stesen "Kabatash" dan dari "Kabatash" naik "Fenacular" sampai la ke Taksim Square. Senang Je. Saya beli Istanbul card, beli satu je tapi bole share ramai ramai. Jimat pun jimat. Yang larat jalan bole je jalan dari hotel ke Taksim Square. Dalam 30minit berjalan kaki.
Ni la rupa Instanbulkart.
Add caption
Alhamdulillah sampai kami di Ataturk Airport
seronok makcik!
Tempat kami tunggu train ,Sikerci station

Waktu ni, warga negara turki tengah berpiket aman sambil menyanyi di Taksim Square. Hari yang kami datang tu tengah berreferundum, untuk  menentukan samada Erdogan dapat kuasa mutlak ataupun tidak





Kami sempat singgah kedai ni untuk beli sedikit turkish delights dan baklava.

Taksim Square

Budak jual roti pun handsome!

Kami borong banyak banyak untuk makan malam dengan sambal tumis ikan bilis
                                     


Inila aktiviti hari pertama kami di Istanbul. Sebenarnya penat sangat hari pertama tu, lepas jalan jalan kat Taksim, hari pun dah petang, solat, mandi berehat dan kemudian zzzz. Esok nak ke Emirgan Park, Taman Tulip katanya. Nanti saya sharekan keadaan kat sana. Sangat Indah

Semoga saya gigih tulis blog ni.. Selamat Malam Semua!