Sunday, April 21, 2013

Boss Engagement

Salam Semua,


Hari ni nak cerita saya baru balik dari majlis pertunangan boss saya. Sangat meriah dan cuaca pun Alhamdulillah sangat panas. Majlis diadakan di rumah beliau di Jalan Tiang Seri , Bukit Jelutong.

Jomla tengok gambar. hehhehe
Zarina and his Fiancee. Sorry gambar jauh . Tangkap pakai Iphone heheh
Gambar 1: Bunga dari tunang tersayang. Gambar 2 : Door gift untuk hadirin yang hadir
Gambar 3 : Abang cameraman bersama separuh hantaran Gambar 4: Separuh hantaran lagi.
Ok..gambar ini pula kami buat sambutn kecil kecilan untuk Boss besar sebelah kanan dan senior saya yang sebelah kiri tu. Kedua duanya lahir pada tarikh yang sama tetapi berlainan tahun.
Happy Birthday to both of U!!!


Dan kami adalah antara staff staff yang terbaik yang memeriahkan majlis hahahhahaha
 
 
 
Okla geng, nak tidor dah...Ni saja dari saya untuk hari ini. Kepada yang bertunang hari ini Selamat Bertunang dan kepada yang melangsungkan perkahwinan hari ini, Selamat Pengantin baru diucapkan. Good Nite Uolls!
 

Sunday, April 14, 2013

TEAMBUILDING TANAH AINA FARAH SORAYA- PART 2

Salam semua,

Ok jom sambung part 2 mengenai Tanah Aina Farah Soraya. Jom tengok gambar lagi.yeay!!!!1


 Makanan yang disediakan di sini sedap. Ada pelbagai jenis ikan yang disediakan, ada ubi rebus dan macam macam lagi la. Oh ye..makanan di sediakan 6 kali sehari. Memang Uolls semua tak sempat lapar la. hahaha

Next day , kami pergi waterfall trekking. Memang best. Tetapi saya semput tau almaklumla saya seorang yang gemok dan jarang exercise.hahaahha. Di penghujung air terjun tu ada "Leap of Faith" di mana semua orang kena terjun. Memang best hilang semua stress dan keesokkanharinya saya sempat buat morning walk. Best dan berpeluh. Jom tengok gambar.


Waterfall trekking ini kami kena melalui sungai paras lutut, lalu sungai yang dalamnya 20 kaki dan seterusnya "Leap of Faith". Saya ada video tapi taktau la bole di upload ke tak sebab filenya besar . Saya cuba tapi kalau takbole Uolls bole la tengok dekat youtube ye.Alamak tak bole. Uolls tengok kat youtube tau . Tengok jangan tak tengok. Esok paginya saya buat morning walk.Enjoy the pictures yea.






Cantikkan ciptaan Illahi. Memang sangat segar udara kat sini. Kalau ada kelapangan memang saya nak dating lagi. So kepada Uolls semua dating la kat sini. Sesuai untuk berkelah dan melakukan aktiviti bersama keluarga.




 
Okla till then, nanti saya akan upload cerita pasal sekin resort . XOXO

 
 

Saturday, April 13, 2013

TEAMBUILDING TANAH AINA FARAH SORAYA -PART 1

Hi All,

Selamat pagi, hari ini saya nak berkongsi cerita mengenai Team building department saya awal bulan 3 haritu. Sorry ye baru nak cerita. Almaklum bz kebelakangan ini.

Tempat teambuilding ini di Tanah Aina Farah Soraya, Bentong Pahang. Memang best tak rugi kalau company lain bawa anak anak buah mereka ke sini. Untuk maklumat lanjut bole la lawat ke laman web ini www.tanah-aina.com. Perjalanan kira kira mengambil masa selama 1 jam 30 minit dari KL nak ke bentong.

Pelbagai aktiviti yang kami lakukan selama penginapan selama 3 hari 2 malam di situ. Ala ala resort gitu. Pacat pun kurang. Waktu pergi ke sana keperatusan pacat tu ada la dalam 10%. Ada beberapa orang dari team kami kena gigit.

Antara aktiviti yang kami lakukan adalah Paintball, ramai budak laki suka game ni haha, waterfall trekking (di penghujung air terjun ni, ada acara leap of faith, terjun beramai ramai, best gila! kena cuba ok..)

So tanpa membuang masa , jom tengok gamba dan aktiviti yang kami lakukan.

Ini adalah pengangkutan kami semasa di Tanah Aina, kerana untuk naik ke atas tak bole bawa kereta jenis saloon, kena naik 4WD. So kami naik lori jela lagi selamat.hehhehe

Ini adalah pintu masuk Tanah Aina bersama trainer
Tempat penginapan kami . Dorm for 9 ladies
Berlatarbelakangkan Tanah Aina Farah Soraya
US
 Jom tengok apa aktiviti yang kami lakukan.

Paintball..Macho tak saya.hehheheheh


The Entrapment






Okla geng nak pergi breakfast dulu, nanti sambung Part 2 ok!