Sunday, September 20, 2009

Penutup Ramadhan..

Salam Lebaran,

Hi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.hari nie saya nak post berblog mengenai penutup ramadhan yang mana saya berbuka puasa beramai ramai bersama kawan-kawan sekolah rendah yang mana sekarang masing masing dah bertunang, berkahwin mahupun menjadi bapa dan ibu..seronok btul kan....Seperti tahun tahun yang lalu, Batch Budak Serdang '84, pasti akan menganjurkan majlis berbuka puasa...kali ini,bertempat di SOHO Seafood ,Bangi diterajui oleh" Apai, Fatah dan Redza..."

"Antara mereka yang hadir"


"Kami with Bride to be (Fizah)"







Seronok dapat berbuka macam nie...banyak bole dilakukan waktu ni..bertuka tuka cerita, bertuka tuka kad kahwin dan mcam mcam lagi la...Seronok kan???

Shima: Mood Raya-tunggu post blog hari raya saya ye.....raya terakhir seorang bujang.heheh

Friday, September 11, 2009

Berbuka di Sakura Kristal...

Selamat Pagi..

Seperti biasa saya nak cerita acara makan makan setiap hari saya.hehehe..semalam saya dan si tunang berbuka di Sakura kristal bertempat di Jusco AU2,Setiawangsa antara salah satu cawangan Sakura Kristal selain di Taman Melawati..Ada macam macam makanan kat sana ..ada Asian Food, dan ada juga Western Food..Semalam kami order 3 jenis makanan dan 2 lemonade..Okla..sape sape yang nak mencubakan kelainan bole la datang makan di sini..
"Keadaan luar Sakura Kristal"
"Dory Fish-Makanan Saya"
RM 15
"Grilled Lamb Chop-Makanan favorite si tunang"
RM19
"2 lemonade kegemaran kami"
RM14
Siapa siapa yang nak mencuba bole mencuba pelbagai makanan yang ada di sini
Shima: Harga semua RM61.50 after discount 10%(Jcard member)..hhuhu

Thursday, September 10, 2009

Berbuka di AnCAsa Hotel

Selamat pagi...

Seronok betul post mengenai makanan nie kan??yea saya memang suka makanan.heheh..Semalam saya dan rakan rakan sepejabat berbuka di AnCasa Hotel..Harga sekepala around RM60..hmmm..banyak betul makanan tapi okla bole mengenyangkan...Kami semua makan sampai mengenyang..hehe...Antara juadah berbuka puasa ada kat bawah nie..sape sape yang nak makan kat sini bole call AnCAsa Hotel ckap ngan Kak Jue..Kak Jue nie kuat melatah.hahahaha.

"Muka muka kelaparan..heheh"
"Kakak ni tengah masak Pie Tee.sempat blaja dengan dia"
"Antara makanan makanan yang disediakan dia AnCasa Hotel"
"Kami yang Kenyang"
Seronok bila dapat makan makan macam nie...Saya bole cuba kesemua juadah makanan yang di sediakan...
Shima: Good FOOD + Good FACE = BEST!

Wednesday, September 09, 2009

Anwar Tomyam

Hai dan Selamat Pagi..

Semalam saya dan tunang bercadang untuk berbuka dengan Tomyam..Jadi kami membuat keputusan untuk pergi ke Anwar Tomyam yang terletak di betul betul belakang Plaza Rah dekat kampung baru tu..Ini kali ketiga saya datang makan di sini..mula2 dengan si tunang, kemudian dengan boss dan semalam ngan tunang lagi..heheeh..Semalam kami adalah orang yang terakhir dapat tempat untuk berbuka..semua fully book..hehehe..

Bila dah sampai tu...tanpa melengahkan masa kami order menu favorite kami...Antara yang kami order memang sedap...sape sape yang terlanjur pergi ke kampung baru tu..bole la mencubanya..

"Tomyam campur + Kailan ikan masin + Telur dadar 3 Rasa + Kerabu Mangga"
"Tomyam campur"
"Kerabu Mangga"
"Kailan ikan masin"

Untuk telor dadar 3 rasa tu tak sempat nak ambil gambanya banyak banyak sebab telah mula dimakan oleh si tunang..hehehhe....

Shima: Tomyam campur + Kailan ikan masin + telor dadar 3 rasa + kerabu mangga 
             + nasi si tunang + air sirap si tunang + 3 air kosong free = RM 17.50..murahkan?? 

Tuesday, September 08, 2009

Berbuka dengan bakal Pengantin

Hai kawan kawan,selamat pagi...
Semalam saya bersama sahabat baik berbuka di Manhattan fish market di KLCC..hmm ..semua perbelanjaan ini ditaja oleh seorang sahabat baik yang bakal menjadi pengantin tak lama lagi...sebab tu post saya kali ini bertajuk "berbuka dengan bakal pengantin"..hehe
"Inila dia bakal pengantin"
Terima kasih ye bakal pengantin..heheh...Makanan kami berkonsepkan seafood..sedap...sesuai pada penggemar makanan laut yang ingin mencari kelainan..Antara makanan yang kami order semalam...memang best dan menyelerakan almaklumla puasa katakan..hehehe
"Manhattan Seafood Platter"
"Manhattan Seafood Platter + Salad"
"Brownie Ice Cream"
"Kami amat kenyang"
Seronok dapat berbuka puasa macamnie..Kenyang pun kenyang..jadi siapa siapa yang nak mencuba manhattan fish market nie...bolela mencuba...sedap dan tak merugikan....
Shima : Friendship + Good Food = PRICELESS

Monday, September 07, 2009

Berbuka di BBQ Chicken..

Hari Jumaat yang lalu bersamaan 4hrbln September 2009, saya berbuka di BBQ Chicken yang terletak di Jusco AU2 yang kat setiawangsa tu.. Menu menu memang sedap sebab semua berlandaskan ayam..yea saya suka ayam....heehe..mari kita lihat antara menu yang saya pesan masa berbuka haritu...
Korean Charbroiled Salad
Hot hot drums
Pat Bing Soo ala ala ABC
Kami yang kekenyangan
BBQ chicken nie  bole di dapati  di seluruh Malaysia, tapi kalau di Kuala lumpur hanya terdapat di Jusco AU2 Setiawangsa,dan Desa Sri Hartamas. Manakala kalau kat Selangor, ada dibuka di Taipan, Jaya One, One Utama, Metropoint Kajang dan Giant Kota damansara..
Tak rugi makan kat sini sebab sedap sangat..dan bagi yang berdiet bole la mencuba semua resepi dan makanan kat sini kerana di BBQ Chicken mereka menggunakan 100% olive oil..Bagus kan??
Selamat Mencuba..
Shima: Hari nie buka dengan kawan kawan..yeay!

Permulaan sebuah Blog...

Hai kawan kawan,
Buat pertama kali saya mempunyai blog..Antara sebab berblog:

1) Seronok baca blog kawan-kawan
2)Try nak jadi blogger..mana tau dapat duit chewahhh..
3)Mengabdikan cerita, kenangan,gambar gamba dan macam macam lagi la....




Shima : Tengah try and error nie...